Tuesday, October 26, 2010

Apa nak jadi dengan anak-anak remaja kita.....

Caught having sex with minor
Seorang pelajar 16 tahun ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun di rumah pelajar perempuan ketika ibu bapa tiada di rumah di Taman Keramat Kuala Lumpur. Mereka mendakwa adalah sepasang kekasih dan telah melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali......

Apa nak jadi dengan remaja kita ni?...baru belasan tahun sudah terjebak dalam maksiat!! Ambil kesempatan bila ibu bapa keluar bekerja....entah lah ibu bapa sekarang ni terlalu sibuk nak ambil tahu pasal anak masing-masing! Budak-budak sekarang ni bukan macam kita dulu.....fikiran mereka sejak kecil lagi telah diracuni dengan bahan-bahan lucah dan hubungan lelaki perempuan ni....terlalu mentah dan tidak matang untuk menangani desakan nafsu ini...bila sudah ada kekasih....maka ini lah jadinya!!
Tak fikir apakah akibatnya!!
Ibu bapa pula.....dah terlambat baru tahu dan ambil tindakan...labu sudah di tebuk tupai!!
Ini lah akibatnya apabila anak-anak remaja ni lepas sekolah balik kerumah yang kosong....tiada ibu nak pantau aktiviti mereka di waktu petang atau pagi! Mereka bebas......buat apa sahaja...ibu bapa tiada di rumah!!
Jadi , semua ibubapa kena lah prihatin...di dunia tanpa sempadan ni macam-macam boleh jadi. Berilah didikan agama yang kukuh, tanamkan disiplin, takutkan Allah, dan jangan biarkan anak kita!!
Mereka yang begitu muda akan jadi mangsa keadaan...... mereka telah diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggung jawab!!
 


Tuesday, October 19, 2010

Diari minggu ini....menghadiri kursus!

       Hari ini aku akan ke Seremban menghadiri kursus selama 3 hari sehingga 21/10 .
Kali ini tiba giliran ku pula setelah ramai kawan-kawanku telah pun melalui pengalaman ini lebih awal dariku.... apapun aku akan berjauhan dari sekolah dan keluargaku sebentar...
             Kursus-kursus sebegini satu keperluan untuk keperluan semasa....jadi terimalah jua dengan hati yang redo. Mudah2an mendapat banyak kebaikan darinya. Matlamat dan niat kena perbetulkanlah dalam apa juga kerja yang kita lakukan......sama ada kecil atau besar! Semua sekali kena tukar jadi amal yang Allah terima walaupun secara fizikalnya nampak urusan keduniaan. Semoga Allah permudahkan segala urusanku nanti , tanggungjawab yang bakal ku pikul selama 2 bulan nanti .......cuti akhir tahun terpaksa dikorbankan untuk ini!
       Begitulah kerja-kerja sebagai seorang guru ini.....masyarakat mungkin nampak kerja guru ini boleh balik awal , petang sudah ada dirumah. Namun skop kerja guru begitu luas, bukan setakat datang sekolah mengajar sahaja! Banyak kerja paperwork dan non-paperwork yang ad-hoc yang perlu dibuat sehingga bawa balik rumah..... Dan bagi kita guru Muslim lebih-lebih lagi ler....tanggungjawab mendidik tu perlu diambil kira.
     Jadi bagi sesiapa yang ingi menjadi guru, janganlah anggap kerja guru ini mudah....tanggungjawab nya berat....untuk menjadi guru yang berdedikasi, perlu komitted dan suka dengan kerjaya guru ini...betulkan niat selalu, jangan ambil ringan tugas kita....kat mana pun kita, kerja apa yang kita buat, kita memegang posisi penting Islam, jangan sampai kita abaikan kedudukan itu untuk kepentingan diri.
Tugas adalah amanah Allah...jadi perlu sentiasa ingatkan hati dengan ini........  

Thursday, October 14, 2010

Mencari ruang-ruang dalam kesibukan....

Seminggu dua agak sibuk dengan sekolah, aktiviti hujung minggu, trial exam, year end exam, ptk exam dan lain-lain kerja...perlu cari ruang untuk diri setiap hari....
Agar dapat melalui hari-hari dengan hati yang bersedia....
Kurangkan stress kerja  dan tekanan pada jiwa!
Ku habiskan masa sejam kalau boleh setiap hari menulis dan mencari bahan untuk di post di blog ku.....untuk tarbiyah diri dan peringatan untuk jiwa lemah ini...
Betullah ....tidak boleh biarkan diri dalam keadaan sibuk tanpa ada masa untuk diri...
begitu juga diwaktu lapang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu saja.....
silap-silap bisikan syaitan masuk jarumnya dalam hati.......akan rasa resah gelisah...
....setiap masa sebenarnya cukup berharga.......kita melalui detik-detik masa itu...menuju ke destinasi akhir kita...kepada Allah!
So buangkan kesedihan yang kadang kala menyelinap hati.....ia merosak diri.
Kerinduan yang kadang-kadang yang menyentuh jiwa .....
Gantikan dengan kerinduan pada mu Ya Allah ....sujud tahajjud pd Mu
Ketenangan jiwa dirasai..........
Begitulah kita manusia ini......teruji dan  dan diuji.....
Apa yang diharapkan.....dari musibah dan ujian diri yang menimpa....menambahkan dekat ku  pada Mu
Ya Allah kepada engkau saja ku serahkan hati ini........
Sesungguhnya Engkau  Maha Mengetahui apa yang tersimpan di lubuk jiwa...
Tingkatkan iman dan takwaku pada Mu....
Aku sangat memerlukanMu ya Allah!!

Saturday, September 4, 2010

Akan Berakhirnya Ramadhan.................

      Dalam sedar tidak sedar.....kita dahpun sampai ke penghujung Ramadhan....kita menjalani ibadah puasa... dengan banyak dugaannya....bagaimana kita nak imbangkan ibadah kita dengan tanggungjawab kita di tempat kerja kita.....kadang2 kerja yang banyak terbawa balik rumah.....patutnya di bulan ini tumpuan kita kena lebih pada ibadah.....tapi terpaksa juga buat kerja yang perlu tu.....kena pandai-pandai le bahagi masa tu!
      Tak lama lagi sibuk pula nak sambut raya, dengan kuih raya, persiapan rumah, baju raya......banyak lagi...Tapi janganlah kesibukan ini menyebabkan kita terlalai dengan ibadah kita di penghujung Ramadhan...orang lain sibuk tingkatkan ibadah tapi kita sibuk pulak nak beraya.....rugi le sebenarnya kita...
kena berpada-padalah sebab bukan tu sebenarnya matlamat raya tu...seronok je...tapi raya tu sebenarnya untuk orang yang telah berjaya melawan nafsu dibulan puasa! Kalau awal2 lagi kita dah kecundang dengan nafsu kita.......apa lah erti raya tu disisi Allah!
   Di Tv pula dah di wawarkan rancanga raya......penuh hiburan ...............dari raya pertama hingga beberapa hari selepas tu!! Dengan lagu-lagunya, drama2nya...macam2 untuk halwa telinga dan mata!!
Rasanya bukan gitulah kita sambut raya....kena insaf diri, dan kita dahpun bersihkan hati kita dibulan puasa tu dengan melawan nafsu......tapi tiba2 di raya pertama...kotor balik lah jiwa tu...tak de le perubahan!  Anak-anak  pula terpaku mata depan tv tak nak pi ziarah kerana tak mau miss rancangan raya yang telah disediakan diTV!
      Camnelah umat islam ni nak kuat....Puasa hanya rutin tahunan....bukan untuk meningkatkan diri!Sampai bila pun ginilah kita. Tak tertingkat iman dan kefahaman dan kesedaran islam walaupun umur dah separuh abad! Perlu betulkan konsep menyambut raya ni supaya selaras dengan yang Allah kehendaki.  Kefahaman ini bukan untuk segelintir orang je....semua orang kena faham bagaimana nak sambut raya yang sebenarnya!!
       Begitu juga dengan konsep rumah terbuka sekarang...kena sediakan juadah banyak-banyak baru panggil orang datang, kalau tak orang tak datang rumah! Amalan ziarah menziarahi masa kat kampung dulu sudah jarang diamalkan...mesti buat open house juga.....dengan belanja besar juga....tapi tak sempat pun beramah mesra dengan tetamu yang hadir....sibuk melayan dan menguruskan  ramai orang yang datang..... lepas penat lah dua hari....!!
   Masa berlalu, cara pun banyak berubah........tapi perubahan yang kita nak sepatutnya yang baik, tak menyusahkan dan membebankan kita dan selaras dengan yang Allah kehendaki......Jangan hanya turutkan nafsu.....Hari raya sepatutnya sehari je....tapi kita sebulan! Penuhilah masa selepasa Ramadhan kita dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal.....yang kadang2 tak sempat buat sebab sibuk beraya! 

Friday, August 13, 2010

Berbuka puasa berpada-padalah....

Sebenarnya aku ingin memperingatkan diriku tentang ini.....berbuka puasa bukan untuk menjamu selera! Dibulan puasa ini oleh kerana sepanjang hari berlapar......suri rumah ni bila time nak masak nak rancang yang best....dengan dessertnya, menu utama, starter dsb....nak puaskan nafsu  maklum le tengah lapar ni...! tapi sebenarnya tak leh le gitu....cukup lah setakat beberapa juadah yang berkhasiat...tak ambil masa lama untuk masak .....dan masa yang terluang tu boleh lah buat kerja lain ; baca Quran ke, zikir ke baca buku fikrah dan lain lainlah yang tidak terlarang....kadang2 kita turutkan sangat kehendak anak2 dan suami yang nak macam2....maka masaklah banyak jenis....oklah bila berlebih boleh bagi jiran tetangga...tapi kadang2 membazir juga, dah kenyang, tak larat nak makan semua.....simpan untuk esok....tapi akhir buang juga!  Begitulah kita ni banyak membazir makanan......banyak terbuang....sedangkan ramai orang2 kat dunia di yang masih kelaparan...kat Palestin, kat Pakistan banjir  tu.....Infact...perbelanjaan di bulan puasa ni meningkat sebab ...banyak nak di sediakan! Jadi kita tidak lah menepati apa yang dikehendaki dalam bulan ini...mengawal nafsu kita dari semua aspek le........jadi dalam keluarga, suami isteri kena sama-sama ingat memperingati .....sebab kita sama nak keberkatan dari Allah....
   Kemudian kita lihat pasar2 Ramadan bercambah bagai cendawan...banyaknye makanan...yang tak pernah nampak di bulan lain pun ada....jadi terliur le nak beli itu ini....sampai penuh tangan tak muat nak bawa balik!! Tapi bila makan.....ada tu yang basi, tak sedap, mula lah tak makan ....membazir lagi....  Gitulah kita ni....ini lah yang kita kena dididik diri  ni........kawal nafsu!!  Lagi pun kat pasar Ramadan ni kalau nak pergi bersesak le....ramai betul orang....jadi mata kita tak terjaga le....ramai orang bermacam-macam ragam .....  Di hari puasa kedua atas desakan anak , aku pergi juga le ke pasar Ramadhan...dia nak beli kueh kesukaannya ....tapi bagitau le kat anak awal-awal.....beli sikit saja...sebab kat rumah dah masak makan malam!
  Sebenarnya masak sendiri...lebih bagus le...terjamin kebersihan dan  kita tau ramuan yang kita bubuh....makanan kat luar ni ada juga terdengar kat surat khabar , media massa....penyediaan tak bersih, tak terjamin halalnya dan lain2 lagi lah...... tapi ada diantara kita yang tak kisah semua tu.....kita suka sangat makan kat luar...................
   Jadi di zaman barang-barang semua naik ni...ke ubah le stail hidup kita.....bersederhana dan ala kadar lah....walaupun duit banyak, hidup bukan untuk makan dan bersukaria je.......makan sekadar untuk hidup supaya kita dapat melaksanakan ibadah pada Allah! Kena ubah le persepsi diri kita.....supaya apa yang kita buat kita nak dapat keberkatan Allah.....rezeki banyak,rumah besar, isteri cantik,pangkat tinggi...kalau tak bawa keberkatan pada kita.....apalah gunanya....! Sengsara hidup ini....tak tenang jiwa!  

Tuesday, August 10, 2010

Sebelum memasuki Ramadhan.....bermaaf-maafan lah!

Aku mendapat sms dari anakku pada hari ini yang ingin ku kongsikan bersama supaya kita memasuki Ramadhan dengan bersih hati dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah!
 ......."Assalamualaikum......, boleh saya masuk?"kata Ramadhan. Aku terkejut.......syukurnya kerana aku dikunjungi lagi oleh nya.......silalah masuk duhai Ramadhan Al-Mubarak. Akan ku layanimu sebagai tetamu paling kehormat dengan gandaan ibadah, insyaAllah, tambahku lagi dengan senyuman dan tangan terbuka. "Tetapi aku melihat bahawa engkau seringkali menyakiti hati saudara seislammu...bagaimana engkau mampu melayaniku dengan sempurna?" soal Ramadhan.  Lalu aku menjawab..." Baiklah Ramadhan, akan ku pinta kemaafan dan keampunan dari mereka.....dan semoga engkau akan bersama kami dengan penuh keberkatan, maghfirah serta melepaskan kami semua daripada azab api neraka." :}
    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.Sama-sama lah kita saling bermaaf-maafan kerana Allah SWT. Buang yang keruh ambil yang jernih.......Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah....So kita mulai lah bermaafan terlebih dahulu kerana itu yang paling utama disisi Allah ....walau pun kita rasa bukan kita yang salah....... Yang penting tali silaturrahim kita sambungkan semula......kerana kita nak mengelakkan dari kemurkaan Allah ......
Ameen....ya Allah berilah kami kekuatan untuk mentaatiMu!!
  Maaf  Zahir Batin bagi yang mengenali diriku....

Sunday, August 8, 2010

Sibuk sangat kah kita...?

Aku sedang dalam perjalanan balik bersama suami dan anak bongsuku menziarahi ibu mertuaku yang sudah tua sebelum puasa sehari dua lagi....Lama juga aku tidak menjenguk kampung disebabkan hujung minggu yang sering ada akitiviti sekolah.....sekolah ganti, hari anugerah cemerlang, program usrah mingguanku...dan banyak lagi aktiviti...sehingga nak pulang kekampung pun tak sempat.....gitulah kesibukan dunia ni...atau aku ke yang tidak pandai mengurus masa?
....Melihat wajah tua dan uzur ibu mertua ku terbayangkan diriku nanti....gitu ke agaknya aku...menanti-nanti kepulangan anak menantuku menjenguk ku kelak? Kesunyian dan kesepian membaluti jiwa ibu tua merindui anak-anak yang sibuk tak sempat menjengah ibu? Topik perbualan antara kami sering merupakan nostalgia semasa membesarkan anak-anak dulu.....walaupun penat lelah tapi gembira dan terhibur dengan telatah anak-anak.....tapi sekarang  semua sudah tinggal kenangan belaka...anak-anak telah ada tanggungjawab sendiri......ibu tua di lupakan atau di kesampingkan?
  Walaupun aku tiada kesempatan merasai kasih sayang ibuku sendiri kerana dia sudah menghadap illahi ketika ku masih bayi kecil lagi......tapi aku dapat merasakan kesepiannya....ah begitulah dimasa tua agaknya .....sunyi dan sepi tanpa riuh tawa..... bukan wang yang didamba tapi perhatian dan kasih sayang  dari anak-anak di masa tua ... tapi sering hampa kerana anak-anak terlalu sibuk!! Jika difikir-fikir ketika itu hanya menunggu masa saja menghadap illahi... jadi dari masa muda lagi dan berterusan hingga ke  masa tua  perlu diisi dengan zikir,  munajat dan amal ibadah sebagai persediaan menyahut panggilan illahi.....atau sampai ke agaknya ku ke umur setua begitu.??  Kematian sesuatu yang tidak dapat kita jangka ketibaannya!!  Sekarang ni tiba-tiba dengar kawan suami meninggal....depan komputer sakit jantung...atau mati kemalangan.....mati mengejut sudah jadi lumrah!!
     Begitule...kita ni sibuk je dengan kerje-kerje kita....tak sempat baca Quran, tak sempat baca buku agama, tak sempat ke mesjid, tak sempat dengar ceramah agama, tak sempat jengah ibu-bapa kita  ...tapi baca paper harian  sempat, pergi shopping sempat, bersantai lepak sempat.......kekadang hujung minggu beli sampai 3 paper mingguan....nak tau kisah realiti.....itulah kita.....prioriti kita yang tak betul...!! Kesibukan dunia ni sebenarnya bukan alasan le....nak buat kebajikan...untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat........kita sebenarnya tak reti urus masa kita....jadi memang le tak sempat....
Allah bagi masa sama je 24 jam sehari.....tapi jika tak rancang masa tu....tak sempat le nak buat apa-apa...sedar-sedar, seminggu, sebulan, setahun dah berlalu......apa dah kita buat pun tak nampak!!
Kerja menimbun tak siap-siap juga.....so terpaksa buat overtime...sepatutnya masa tu untuk tambah ilmu akhirat kita, zikir kita, ibadah kita.....tapi kena bersengkang mata untuk dunia kita..... !!!! 
Masa sedikit..tanggungjawab banyak....tapi camne pun....dalam kesibukan  perlu ada masa untuk semua....... dunia dan akhirat kita....itu yang ideal le....so sama-sama ke usahakan supaya kita tak rugi.....dunia ni kejap je kita duduk....tapi akhirat tu kekal abadi....!!

Friday, July 30, 2010

iman ..adalah penyelesaian!!

Dalam hidup kita ini kita tidak sunyi dari masalah.....banyak masalah yang mengganggu fikiran kita...sehingga kadang-kadang kita rasa buntu, tak nampak jalan keluar...
Kita murung, sedih, marah , suka duka...macam-macam seribu satu rasa yang ada...
Masalah rumahtangga, masalah anak , masalah kerja,masalah diri, masalah dengan bos, masalah dengan orang lain......macam-macam lagi..itulah lumrah hidup ini...memang sunnah kita sentiasa berdepan dengan masalah....tapi persoalannya bagaimana kita nak selesaikan masalah-masalah kita??.. Bagi yang singkat fikiran ..mungkin ambil jalan mudah je...ikut je kata hati...apa nak jadi..jadilah...ini menimbulkan masalah lain pulak!! tiada penyelesaian akhirnya!!! Bertimpa-timpa masalah satu lepas satu....sehingga dunia ni jadi sempit...semua orang jadi musuh!Tension dan stress selalu!...hidup tak tenang, sakit darah tinggi dan jantung pun menyerang. itulah akibatnya...kalau umur panjang dan insaf ok lah....tapi ramai yang masih tak sedar2 juga walaupun Allah dah bagi warning...
Itulah dia namanya insan...yang bermaksud lemah..!!
Tapi insan lemah ni...boleh jadi kuat bila dirinya ada senjata dalaman yang ampuh....iaitu iman!! ramai orang pandang remeh tentang iman ni....dihatinya mengakui orang islam dan beriman pada AllaH....betulkah begitu?Habis bila berdepan dengan masalah...nape cari penyelesaian lain yang tak selaras dengan iman dijiwa...? kita mungkin kata saya lemah iman...nantilah! Kalau betul-betul tengah tarbiyah diri untuk tingkatkan iman...alhamdulillah....insyaallah akan dapat jalan penyelesaiannya...
Takut cuma alasan saja tapi tiada usaha kearah perbaiki diri...sedangkan usaha adalah muqaddimah pada hidayah Allah! Ini lah yang kita takuti sebenarnya....sebab iman itu bukan angan-angan je...mengaku beriman pada Allah tapi tindakan...?? Semua pengakuan kita dan tindakan kita akan diminta di pertanggungjawabkan oleh Allah nanti....bersediake kita nak jawab? itu kekadang kita ni lupa siapa diri kita...ikut nafsu dan hati? Tapi jika iman masih ada tertanam dijiwa...insyaallah inilah yang berharga di saat kita ditimpa masalah!Kita akan kembali pada ALLAH....satu nikmat yang tidak terhingga yang ada pada diri sesaorang!itulah perlunya kita sentiasa tingkatkan iman kita, perbaharui ia jika sudah luntur, jagai ia agar tidak rosak....
Sentiasa bersembang-sembang pasal iman ni jika masa terluang....sebab iman ini boleh lusuh sebagimana lusuhnya pakaian...so perbaharui ia selalu melalui tilawatul Quran dan zikrul maut..!! Tanpa iman.....siapalah kita....manusia hina yang Allah tak pandang pun!Saat kehancuran telah tiba...bila hilangnya iman!!

Tuesday, July 27, 2010

masa lapang.....manfaatkan!

Masa lapang ....merupakan sesuatu yang perlu di manfaatkan...kekadang kita terlupa bahawa di masa lapang kita asyik nak bersantai....tapi takkan le setiap masa nak bersantai...bersantai depan tv, bersantai di tepi pantai dengan aurat yang terbuka......bersantai kat shopping komplek..... nak rehat je...
tapi masa lapang kita isi le dgn membaca buku....merupakan gedung ilmu...lebih-lebih lagi lah buku yang dapat mengisi hati dan jiwa kita...atau buat sesuatu yang berfaedah ke........tapi kita lebih suka tengok tv cerita hindustan atau cina kungfu dari membaca buku...!!! Kekadang berjam-jam depan tv yang tiada henti-henti dipasang lepas satu siaran ke satu siaran...umpama panggung wayang kecil dalam rumah! Anak-anak melangut depan tv supaya duduk diam..tak kacau ibu ayah kat rumah...terdidik lah mereka dengan apa yang dilihat kat tv...jadi tak hairan lah bila kat sekolah mereka susah nak di kontrol...kat rumah tiada perhatian ibu ayah!! Ibu ayah tak kisah pun jika tv tu tunjukkan cerita-cerita tak soleh....malah tonton bersama dengan anak-anak! Bila ada masalah kat sekolah...salahkan cikgu...sedangkan sebenarnya perangai anak-anak ini telah terdidik dari rumah lagi...kat sekolah apa lagi tunjuklah belang nya.... jadi sebenarnya masalah disiplin anak ni bermula dari rumahlah.....
Kat sekolah mereka ni malas belajar, ponteng kelas atau sekolah, ayah hantar anak ikut pntu depan ....anak keluar ikut pintu belakang sekolah!! Camne nak buat ni....kat sekolahku...pintu pagar sekolah akan ditutup selepas waktu tertentu......pelajar tidak boleh keluar dalam waktu sekolah...tapi ada yang cuba panjat pagar yang dibubuh serpihan kaca...tak sanggup duk lama kat sekolah......!!!
Siapa nak dipersalahkan???......sistem pendidikan, ibu ayah, masyarakat, cikgu, sekolah.......??
Gitulah bila pendidikan islam tidak dimulai dari rumah...kat sekolah baru ustazah dan cikgu nasihat....mana nak berkesan. Didikan mesti mula dari rumah lagi....!
Kita emak bapak kena ambil berat, main peranan, jangan asyik sibuk kerja cari makan pakai anak, rumahtangga tapi lupa tentang keperluan rohani anak....jadi kesannya akan nampaklah bila anak meningkat dewasa nanti.....nak solat pun liat...susah nak didiklah kalau ini berlaku....melentur buluh eloklah dari rebungnya.......
jadi masa lapang kita kena adalah bersama-sama keluarga.....manfaatkan masa dalam rangka ketaatan pada allah...solah jemaah sama, usrah keluarga seminggu sekali, dengar ceramah agama sama-sama, bermesra dengan ahli keluarga.....banyak lagi kita boleh rancang...antara nak dan tidak saja....
Jadi mudahlah nak tarbiyah diri dan keluarga....kalau ada masalah pun dapat cepat-cepat cari penyelesaian nya....kerana kita sama-sama ingin perbetulkan kesalahan kita kerana Allah. Kita ni insan biasa je..tentulah ada buat silap...tapi sebaik-baik insan yang tersilap..kembali pada Allah semula....saling memaafkan....
Hidup ni bukan nya lama...nak simpan segala rasahati yang tak baik tu....perlulah bersihkan jiwa kita ini...baru tenangh jiwa le...

Monday, July 26, 2010

sahabat yang baik......

Sahabat yang baik dan ikhlas ni merupakan anugerah Allah bagi kita........di saat kita suka dan duka dia tetap bersama kita dalam rasahati......inilah yang ku lalui ...dia menerima kita seadanya....!!
Walaupun sudah lama tidak bersua dengan sahabat ni.....tapi bila aku dilanda masalah ku akn teringat padanya..... rindu pada suara dan kata-kata yang menyentuh jiwaku.....sepertimana dulu kami sering bersama-sama bermukholatoh sehingga awal pagi...tidak terasa masa berlalu.....tapi bukanlah sembang-sembang kosong yang lagha...tapi bersembang rasahati kita sebagai seorang insan yang melalui tarbiah islam
Bagaimana mendidik diri yang banyak rawasib2 jahiliyah yang belum diproseskan.....bagaimana kita melalui kehidupan ini dari perspektif yang berbeza.....sebagai individu muslim!!
Betapa ku rindui ketika-ketika ini bersama-sama sahabatku........dikala ini dengan tanggung jawab yang ada peluang-peluang sebegini jarang  ku perolehi...........
Tapi dengan izin Allah, disaat ku memerlukan sahabat untuk berkongsi perasaan hati.....Allah buka peluang tersebut........Subhanallah, Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati ku.......
Aku berpeluang berjumpa dengannya...nun jauh di sana 4 jam perjalanan dari rumahku.....Suamiku yang perihatin membawaku ke sana..di sebuah villa di teluk peranginan.......kebetulan di sana ada  program untuk student ipt luar negara yang sahabatku jadi pemerhati......aku kesana menemui nya...
Ah...bezanya ukhwwah kerana Allah ini....... seolah-olah ada satu tautan hati yang sangat rapat antaraku dengan dia....kami berkasih sayang kerana Allah! Begitu gembira kami dapat bersua dan peluang yang ada dipergunakan sebaik-baiknya untuk berkongsi cerita suka dan duka......Lapangya dadaku kerana sama-sama kami saling ingat memperingati atas jalan Allah....peringatkan balik matlamat hidup ini, ujian-ujian yang mendatang.....telah Allah susunkan untuk peningkatan iman....!!!
Kembaliku semula ke rumahku dengan rasa puas dijiwa.....walaupun penat..tapi hatiku terusik dengan kata-kata nasihat dan tazkirah yang menyentuh jiwa......Alhamdullilah...begitulah penyusunan Allah dalam hidup ini....setiap sesuatu pasti ada penyelesaiannya bila kita serahkan hati pada Allah, Allah bantu kita menyelesaikan masalah kita........

Friday, July 23, 2010

berfikirlah sebelum bertindak......

Seringkali apabila kita berkata-kata, melakukan sesuatu tindakan.....kita lakukannya tanpa fikir panjang  dan terburu-buru...apa yang kita peduli adalah kita nak sampaikan mesej kita...itu yang penting..tak kira lah jika tindakan atau kata-kata kita itu menyakiti hati orang lain ke memberi kesan buruk pada sesaorang ke.....kita tidak peduli...asal hati kita puas dan nak cepat selesai masalah!!
Sepatutnya tidak lah begitu.....kata kata yang tajam umpama pedang yang terhunus ia mencantas apa saja yang ada didepannya....selepas dicantas ia tidak akan boleh di kembalikan kepada asalnya....
Begitulah kata-kata yang tajam, menusuk jiwa....ia memberi bekas di hati penerima, melukakan sehingga sukar untuk sembuh dalam jangkamasa  yang singkat.... kesannya tali silaturrahim terputus kerana kecil hati, tersinggung , memendam rasa....... kenapa perlu terburu-buru...??
Terburu-buru itu kan dari syaitan.....tindakan yang terburu-buru tanpa fikir panjang, tanpa fikir akibatnya pada orang lain......sesuatu yang tidak baik di amalkan!! Apa yang kita dapat cuma kepuasan hati kita.....dan juga kita dapat dosa kerana sakiti hati orang dan putuskan tali silatruurahim kerananya!!!  tapi itulah realiti yang selalu kita hadapi.....samada dalam keluarga kita ke, ditempat kerja kita ke............inilah yang selalu kita temui...yelah rambut sama-sama hitam kan...tapi hati lain-lain.....tapi hati inilah yang sebenarnya kena kita jaga......kerana setiap tindakan kita berasal dari hati.......tuturkata yang manis tidak akan datang dari hati  yang sakit.... !!!
Keikhlasan dalam tuturkata sebenarnya dapat di rasai oleh jiwa yang mendengar...
Kita manusia ini,  Allah bagi kemampuan untuk kita menilai!
Nak cepat selesai masalah....bukan dengan cara terburu-buru dalam tindakan...kena fikirkan kesan jangka pendek dan panjang....bukan ikut hati jer!!
Tapi itulah sifat manusia ini......tidak sabar ....
Kesabaran dan ketenangan hanya boleh di capai bila jiwa di sinari cahaya iman....cahaya penyuluh jalan kehidupan... itulah kita ni kena kembali pada fitrah kita....untuk beriman pada Allah...keimanan yang bukan cakap kosong je...tapi betul2 hati tu rasa....dan mencorakan tindakan kita..!!  

hari hari yang berlalu....

Di sepanjang perjalanan kehidupan beberapa bulan kebelakangan ini.....
menguji hati dan perasaanku.........
ujian allah datang tidak di sangka....menguji iman di dada...
terlarut dgn mainan perasaan....aku terjebak..!!
entah nape ku biarkan ia terjadi.... sehingga ia melumpuhkan hati ku..
semangat hilang, diri tak bermaya...aduh tersiksa jiwa!!
Ya Allah..... bagaimana ia boleh terjadi??
Jika ini memang ujian dariMU, aku pasrah ya Allah...apa dayaku aku insan lemah!
Setiap hari berlalu ku lalui....begitu perlahan sekali..
Setiap hari ku berusaha mantapkan dan dekatkan diri dengan Allah..
Tingkatkan hubunganku dengan Allah melalui solat dan zikir....
Bangunkan kembali....hati yang telah terusik....beratnya rasa setiap detik itu..
Begitulah kita manusia ini.....teruji dan diuji...
sedih dan gembira silih berganti...pahit dan manis meracuni jiwa..
tapi lebih banyak pahit dari manis.......!!!
Namun Allah maha pengasih pada hambanya...Allah tidak akan menguji sesaorang di luar kemampuannya...bisik hatiku...
Berbaik sangka dengan Allah...setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya!!
Allah nak gantikan segala kesedihanku, kesabaranku, dengan yang lebih baik....keampunan dan rahmatNya!!!
Itulah yang sentiasa ku pohonkan.....ampunan dan rahmatmu Ya Allah...!!
tiada yang lebih besar kurniaanMu selain itu....
Begitulah kita hamba kepada Allah.... Dia Maha Mengetahui akan segala sesuatu...
Cuma apa yang perlu.....hadapkan hatimu padaNya dengan penuh keikhlasan....
Begitulah lumrah kehidupan......semuanya mengikut susunan dan ketentuan Allah!!

Thursday, July 22, 2010

Ujian hari ini....

Pagi ini di sekolah ujian untuk tingkatan 4 dan 2 sudah bermula sejak 2 hari lepas........kertas fizikku akan duji pada hari ini....entahlah bagaimana prestasi mereka anak muridku.....
ku dapati mereka kurang persediaan untuk ini.....susah lah cikgu....begitulah ungkapan yang sering kudengar...namun sebenar usaha yang konsisten dan bersungguh tidak dibuat kecuali sebilangan kecil dari mereka......itulah sikap kebanyakan mereka....sikap yang perlu ku ubah.....tiada kejayaan tanpa usaha dalam hidup ini..namun sebagai remaja mungkin banyak cabaran yang dilalui....tapi apa yang penting kena fokus pada matlamat yang nak dicapai.....
begitulah hari-hari cabaranku sebagai guru.....berdepan dengan manusia yang punya hati dan perasaan...
nak ubah sikap mereka jadi lebih positif dalam hidup ini...
cabaran hidup sentiasa mendatang....tapi sikap yang betul perlu ada untuk menghadapinya...
tanpa sikap yang betul dalam hidup ini......susahlah nak ke depan lebih-lebih lagi dalam dunia penuh persaingan ini....
apatah lagi kita ini orang islam....perlu ada contoh yang baik...dari semua aspek...kerana kita ini orang akan tertarik dengan apa yang kita bawa...bukan menunjuk-nunjuk..tapi islam mendidik kita jadi terrbaik....so kenalah usahakan!! we are the vicegerent of Allah....kita ini allah amanah untuk pikul risalah islam....so kena ada contoh diri....gitulah juga sebagai guru...bukan untuk cari makan je...tapi untuk mendidik sikap yang betul pada pelajar, lebih-lebih lagi tau matlamat hidup ni....nape datang sekolah ni....nape kena belajar bersungguh ni....mudah2an allah bantuku untuk menjalankan amanah ini....

Wednesday, July 21, 2010

diari hari ini.....22/7/2010

aku ke sekolah hari ini...seperti biasa....
hari-hari di isi seperti biasa....sampai kesekolah  terus sign nama di pejabat..
kemudian ke surau...mengisi rohaniku dgn bacaan zikir maksurat dan solat dhuha selepas itu...
baru ada kekuatan jiwa memulakan tugas......
kemudian aku ke kelas ting 6 mulia fizik.....membincangkan tutorial...fizik alhamdulillah habis...
so aku boleh concentrate buat revision lepas tu...utuk percubaan stpm tak lama lagi....
tapi...hampir lupa...perlu ku siapkan ujian setara 2 untuk mereka.....
ah...tak habis2 ujian ...begitulah exam orientednya  sistem pendidikan....
kadang2 terbeban juga....banyak kerja lain nak buat.....tapi asyik ujian je...
namun...begitu kerjaya guru ini....terlalu byk paper work...sedikit interaksi dgn pelajar...
tapi aku tidak melepaskan peluangku untuk bermesra dgn anak murid ku....
aku rasa interaksi cukup ptg bagi ku utuk ku lebih mengenali mereka...untuk memudahkan pengajaranku....aku rasa terhibur dgn mereka.........
mereka pelajar dewasa....lebih matang dan lebih senang berinteraksi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...