Sahabat yang baik dan ikhlas ni merupakan anugerah Allah bagi kita........di saat kita suka dan duka dia tetap bersama kita dalam rasahati......inilah yang ku lalui ...dia menerima kita seadanya....!!
Walaupun sudah lama tidak bersua dengan sahabat ni.....tapi bila aku dilanda masalah ku akn teringat padanya..... rindu pada suara dan kata-kata yang menyentuh jiwaku.....sepertimana dulu kami sering bersama-sama bermukholatoh sehingga awal pagi...tidak terasa masa berlalu.....tapi bukanlah sembang-sembang kosong yang lagha...tapi bersembang rasahati kita sebagai seorang insan yang melalui tarbiah islam
Bagaimana mendidik diri yang banyak rawasib2 jahiliyah yang belum diproseskan.....bagaimana kita melalui kehidupan ini dari perspektif yang berbeza.....sebagai individu muslim!!
Betapa ku rindui ketika-ketika ini bersama-sama sahabatku........dikala ini dengan tanggung jawab yang ada peluang-peluang sebegini jarang ku perolehi...........
Tapi dengan izin Allah, disaat ku memerlukan sahabat untuk berkongsi perasaan hati.....Allah buka peluang tersebut........Subhanallah, Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati ku.......
Aku berpeluang berjumpa dengannya...nun jauh di sana 4 jam perjalanan dari rumahku.....Suamiku yang perihatin membawaku ke sana..di sebuah villa di teluk peranginan.......kebetulan di sana ada program untuk student ipt luar negara yang sahabatku jadi pemerhati......aku kesana menemui nya...
Ah...bezanya ukhwwah kerana Allah ini....... seolah-olah ada satu tautan hati yang sangat rapat antaraku dengan dia....kami berkasih sayang kerana Allah! Begitu gembira kami dapat bersua dan peluang yang ada dipergunakan sebaik-baiknya untuk berkongsi cerita suka dan duka......Lapangya dadaku kerana sama-sama kami saling ingat memperingati atas jalan Allah....peringatkan balik matlamat hidup ini, ujian-ujian yang mendatang.....telah Allah susunkan untuk peningkatan iman....!!!
Kembaliku semula ke rumahku dengan rasa puas dijiwa.....walaupun penat..tapi hatiku terusik dengan kata-kata nasihat dan tazkirah yang menyentuh jiwa......Alhamdullilah...begitulah penyusunan Allah dalam hidup ini....setiap sesuatu pasti ada penyelesaiannya bila kita serahkan hati pada Allah, Allah bantu kita menyelesaikan masalah kita........
No comments:
Post a Comment