Hari ini aku akan ke Seremban menghadiri kursus selama 3 hari sehingga 21/10 .
Kali ini tiba giliran ku pula setelah ramai kawan-kawanku telah pun melalui pengalaman ini lebih awal dariku.... apapun aku akan berjauhan dari sekolah dan keluargaku sebentar...
Kursus-kursus sebegini satu keperluan untuk keperluan semasa....jadi terimalah jua dengan hati yang redo. Mudah2an mendapat banyak kebaikan darinya. Matlamat dan niat kena perbetulkanlah dalam apa juga kerja yang kita lakukan......sama ada kecil atau besar! Semua sekali kena tukar jadi amal yang Allah terima walaupun secara fizikalnya nampak urusan keduniaan. Semoga Allah permudahkan segala urusanku nanti , tanggungjawab yang bakal ku pikul selama 2 bulan nanti .......cuti akhir tahun terpaksa dikorbankan untuk ini!
Begitulah kerja-kerja sebagai seorang guru ini.....masyarakat mungkin nampak kerja guru ini boleh balik awal , petang sudah ada dirumah. Namun skop kerja guru begitu luas, bukan setakat datang sekolah mengajar sahaja! Banyak kerja paperwork dan non-paperwork yang ad-hoc yang perlu dibuat sehingga bawa balik rumah..... Dan bagi kita guru Muslim lebih-lebih lagi ler....tanggungjawab mendidik tu perlu diambil kira.
Jadi bagi sesiapa yang ingi menjadi guru, janganlah anggap kerja guru ini mudah....tanggungjawab nya berat....untuk menjadi guru yang berdedikasi, perlu komitted dan suka dengan kerjaya guru ini...betulkan niat selalu, jangan ambil ringan tugas kita....kat mana pun kita, kerja apa yang kita buat, kita memegang posisi penting Islam, jangan sampai kita abaikan kedudukan itu untuk kepentingan diri.
Tugas adalah amanah Allah...jadi perlu sentiasa ingatkan hati dengan ini........
No comments:
Post a Comment