Koleksi resipiku




PAI OREN TANGERIN ::



Bahan kulit pai:250gm tepung kek
125gm mentega
60gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan inti:4 biji buah oren tangerine - dibuang kulit dan diambil isinya
2 biji putih telur
3 sudu makan gula kastor
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan perisa oren
1 sudu teh pewarna oren

Cara memasak:1. Untuk membuat kulit pai, pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan tepung kek. Sebatikan.
3. Seterusnya bentukkan doh pada acuan pembakar pai dan bakar pada suhu 160°c selama 20 minit. Ketepikan.
4. Untuk membuat intinya pula, pukul putih telur bersama gula kastor sehingga kembang.
5. Kemudian masukkan tepung gandum, perisa oren dan pewarna oren. Kacau rata dan sebatikan.
6. Setelah itu, masukkan inti ke dalam adunan pai yang telah dibakar tadi dan diselang selikan dengan isi oren tangerine.
7. Akhir sekali, tutupkan kulit pai dan bakar sekali lagi pada suhu 160°C selama 20 minit.


KUih Bingka Tepung

4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
8cawan santan  + air daun pandan
1 sudu kecil garam
2 biji telur
Cara membuatnya

  1. Masukkan tepung, gula ,telur, santan dan garam
  2. Gaul rata
  3. Masukkan dalam pengisar (blender) Kisar sehingga tidak berketul
  4. Sapu marjerin dalam loyang. Tuangkan adunan tadi.
  5. Bakar hingga masak dalam ketuhar 180 F selama 45 minit hingga sejam. Kalau suka taburkan bijan apabila adunan separuh masak.

CREAM OF MUSHROOM SOUP

Bahan-Bahan:
*      1/2 ulas bawang besar, didadu
*      3 ulas bawang putih, dimayang
*      1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris
*      1/2 biji ubi kentang } potong dadu
*      1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk
*      4 cawan air rebusan ayam atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
*      Garam, secukup rasa
*      1/3 cawan  fresh krim
*      1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
*      daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)
Cara:
*      Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
*      Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
*      Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
*      Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
*      Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
*      Masukkan semula sup ke dalam periuk.
*      Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
*      Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.

MOROCCAN COUSCOUS
(Resepi sumbangan Pn Calimero)

Bahan-bahan:

*      3 1/2 pound chicken, cut in 6 pieces
*      4 tbsp vegetable oil
*      1 tbsp tomato paste
*      1 large onion, cut into wedges
*      5 pounds plum tomatoes, quartered
*      1 tsp black pepper, ground
*      1 tsp ground turmeric
*      1 tsp ground cumin
*      2 1/2 tsp cayenne pepper - k Noor ganti je dgn serbuk cili lagi sedap pedas2 gitu
*      5 small turnips, peeled,quartered
*      4 large carrots, peeled,quartered lengthwise and crosswise
*      3 zucchini, cut quartered lengthwise then crosswise
*      3 large potatoes, peeled cut halves
*      1 sweet pepper, quatered lengthwise then crosswise
*      1 canned kacang kuda
*      water
*      1/2 tbs salt
*      3 cups couscous (ready in 5 mins pun ada, lagi senang)

Cara membuat:

*      Potong ayam kecik-kecik
*      Panaskan minyak dalam periuk masukkan ayam dan gorengkan sehingga keperangan, keluarkan dan letakkan ke tepi dulu
*      Masukkan bawang, goreng sampai kekuningan.
*      Masukkan tomato paste,sayur, cumin, cayenne pepper, black pepper, tumeric, kacau sampai semuanya bercampur.
*      Lepas tu masukkan air. Tutup periuk dan biarkan mendidih selama 20 minit.
*      Bila sayur dah setengah masak, masukkan ayam & garbanzo beans.
*      Masukkan garam secukup rasa

Couscous grains (semolina)
*      Kalau guna semolina express, just tambah air like indications on the box and masukkan dalam micro wave lepas tu leraikan grains dengan tangan atau garpu.

*      Dalam satu pinggan hidang yang besar, tuangkan semolina tadi dan buat macam satu lubang kat tengah-tengah. Ambik sayur-sayuran & ayam tadi dan tuangkan kat tengah-tengah. Kuah janngan letak banyak-banyak sangat sebab semolina ni akan serapkan kuah couscous ni
COD & PRAWN PIE

Bahan-bahan:

*      480 g cod fillets
*      1 helai daun bay
*      450 ml susu segar
*      800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus hingga empuk, toskan
*      50 g mentega
*      2 sudu besar tepung gandum
*      1 sudu besar parsley cincang atau guna parsley kering je
*      150 g udang kecil } buang kulit
*      Parutan cheddar cheese secukupnya
*      Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

*      Masak cod fillet & udang bersama daun bay & 2 sudu besar susu selama 5-8 minit
*      Setelah masak buang daun bay, dgn menggunakan garpu lorek2kan isi ikan menjadi kepingan (flakes) simpan susu tersbt (masukkan dlm sos nanti)
*      Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 g mentega, 2 sudu besar susu dan secubit garam.
*      Panaskan periuk, masukkan lebihan mentega dan tepung, kacau selama 1 minit
*      Tutup api, masukkan saki baki susu
*      Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat
*      Masukkan parsley, garam dan serbuk lada hitam, tutup api
*      Masukkan isi ikan dan udang ke dlm sos tersbt (A)
*      Panaskan oven pd suhu 200Â’C / gas mark 6
*      Ambil mangkuk/loyang tahan panas (ovenproof dish), ratakan A
*      Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi (lihat gambar)
*      Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya
*      Masak dlm oven selama 20-25 minit atau sehingga perang
*      Hidangkan panas-panas
SATE AYAM/LEMBU

Bahan-bahan satay:
*      1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
*      1 1/2 sudu kecil garam
*      4 sudu besar gula pasir
*      2 sudu besar madu
*      2 sudu besar minyak masak
*      lidi sate
*      minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan yg perlu dikisar halus:
*      3 ulas bawang merah
*      2 biji buah keras
*      2 ulas bawang putih
*      3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
*      4 cm halia
*      2 batang serai
*      4 cm lengkuas
*      1 sudu besar ketumbar   } disangai
*      1 sudu kecil jintan manis } disangai
*      1 sudu kecil jintan putih  } disangai
Cara membuatnya:
*      Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
*      Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
*      Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
*      Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun. 
Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.
 
      Kuah Kacang:
Bahan-bahan:
*      minyak untuk menumis
*      air secukupnya
*      1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa
*      2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
*      garam secukupnya
*      250 ml santan pekat
*      500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
*      2 batang serai diketuk
*      15 biji bawang merah    }
*      20-30 tangkai cili kering }
*      2 cm lengkuas               } dikisar halus
*      2 ulas bawang putih      }
*      2 biji buah keras           }
  Cara membuat kuah kacang:
*       
*      Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
*      Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
*      Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
*      Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
*      Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
*      Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air

CHOCOLATE & NUTS STUFFED LACY CREPE 

      Bahan-bahan utk crepe: Anggaran 10 keping crepe
*      100 g tepung gandum
*      ¾ sudu besar gula caster
*      2 biji telur
*      300 ml susu segar
*      75 g mentega/majerin }dicairkan
     Bahan-bahan utk inti chocolate:


*      ½ botol chocolate spread } ada dijual dikedai
*      120 g walnut atau hazelnut atau kacang tanah atau lain-lain } disangai kemudian ditumbuk kasar
     Cara membuat:

*      Ayak tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan gula kacau sekata.
*      Campurkan susu ke dalam telur sedikit demi sedikit sambil dipukul.
*      Masukkan campuran susu/telur ke dalam mangkuk tepung kacau lagi kemudian masukkan mentega.
*      Pukul sehingga sebati. Tapis jika ada ketulan. Panaskan pan leper yg dilenserkan dgn sedikit mentega/minyak.
*      Ambil sesenduk kecil adunan (crepe ni mesti nipis), curahkan kedlm pan, goyang2kan pan supaya sama rata.
*      Masak dgn api sederhana selama 1 minit kemudian balikkan, masak lagi selama 1 minit bolehlah diangkat.
*      Ulang langkah tersbt hingga habis adunan.
*      Ambil sekeping crepe sapukan lebih kurang 1 sudu kecil (atau mengikut citarasa) chocolate spread ratakan kemudian tabur sedikit kacang tumbuk tadi rata-rata.
*      Kemudian lipat dua kemudian lipat dua lagi sekali menjadi bentuk segitiga.
*      Ulang hingga habis crepe tersebut. Sedia untuk dimakan.


TORTILLA AYAM

     Bahan-bahan:
*      6 keping tortilla
*      2 keping dada ayam
*      1 biji capsicum merah } dipotong memanjang berukuran 4 cm
*      1 labu bawng besar  } dipotong dadu
*      2 ulas bawang putih } dicincang halus
*      sedikit serbuk kunyit
*      1/2 sudu kecil garam
*      1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
*      sedikit minyak untuk menumis
*      mayonis-jika suka boleh gantikan dengan sour cream
*      sos tabasco
*      daun salad } dipotong
*      timun         } dipotong
     Cara membuat:
*       Dada ayam dipotong memanjang berukuran 4 cm panjang dan 1 cm lebar.
*      Perapkan isi ayam yg telah dicuci dan ditoskan bersama serbuk kunyit, garam dan ketumbar.
*      Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
*      Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak.
*      Akhir sekali masukkan capsicum, kacau seketika dan boleh diangkat.
*      Ambil sekeping tortilla, sapukan dengan sedikit mayonis, letakkan salad, timun, campuran ayam tadi dan sedikit sos Tabasco.
*      Lipatkan tortilla menjadi spt poket. Sedia untuk dimakan. 


PAKORA AYAM
      Bahan-bahan:
*      2 cawan isi ayam dicincang halus
*      1 labu bawang besar dicincang
*      2 biji cili hijau dicincang
*      1/2 inci halia ditumbuk
*      1 ulas bawang putih ditumbuk
*      1 sudu besar perahan lemon
*      garam secukup rasa
*      1 cawan tepung gram (besan) -tepung ini diperbuat drp kacang dal
*      1 sudu besar tepung beras
*      1/2 sudu kecil minyak masak
*      1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
*      air secukupnya
*      Minyak utk mengoreng
      Cara membuatnya:
*      Masukkan  isi ayam di dlm bekas disertai dgn  bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
*      Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
*      Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak hingga kekuningan.
*      Hidangkan panas-panas bersama sos.
PIZZA
      PIZZA BASE ( base ni jenis yg lembut)

      Menghasilkan 2 keping pizza base bersaiz 9 in

*      350 g tepung roti (strong white bread flour)
*      1 sudu kecil garam (paras rata)
*      3 g (1/2 sudu besar) yis kering segera (easy blend dried yeast)
*      225 ml air suam
*      1 sudu besar minyak zaitun - boleh ganti dgn minyak masak jika suka
     Cara membuat:
*      Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.
*      Larutkan garam dalam air.
*      Tuangkan air dan minyak zaitun ke dlm mangkuk, gaul adunan sekata
*      Uli adunan diatas tempat permukaan yg di tabur dgn sedikit tepung sehingga licin dan tidak melekat
*      Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yg dilenser dgn sedikit minyak dan ditutup dgn cling film.
*      Biarkan ianya mengembang 2 kali ganda atau selama 1 jam.
*      Uli adunan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kpd 2
*      Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang dikehendaki.
*      Letakkan kedalam dulang pembakar dan dan biarkan selama 20 minit supaya adunan naik semula
*      Cucukkan sedikit dgn garpu utk mengelakkan ianya menggelembung bila dibakar nanti
*      Bakar di dlm oven pd suhu 200'C selama 5-8 minit keluarkan
*      Sapu sos kemudian taburkan 1/3 campuran keju diikuti bahan inti diakhiri 2/3 campuran keju
*      Bakar semula sehingga keju cair
      SOS TOMATO
*      1 labu bawang besar } di cincang
*      2 ulas bawang putih } dicincang halus
*      2 sudu besar minyak
*      2 biji buah tomato } dicincang
*      3 sudu besar tomato puri
*      2 sudu besar sos tomato
*      3/4 sudu kecil gula
*      1 sudu kecil oregano
*      garam secukup rasa
      Cara membuat sos:
*      Panaskan minyak.
*      Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
*      Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
*      Kacau sehingga pekat
      BAHAN TABURAN
*      200 g sayuran campur beku
*      5-6 cendawan butang }dihiris nipis
*      125 g parutan keju mozzarella
*      125 g parutan keju cheddar
*      1 keping dada ayam } dipotong nipis direbus sehingga masak

Celur semua sayuran didalam air mendidih selama 1 minit kemudian toskan atau pun masak dlm microwave selama 1 minit High Power

Inti boleh diubahsuai mengikut cita rasa masing-masing samada nak letak isi ayam, sosej, udang, sotong yg telah direbus/celur terlebih dahulu atau masak dlm microwave selama 1-2 minit High Power

Peringatan penting: Utk membuat base pizza, cara mengadun berbeza mengikut jenis yis yg digunakan jika guna yis segera yg boleh dicampurkan terus ke dlm tepung ikut cara spt diatas tetapi:

A. jika anda menggunakan yis basah (fresh yeast) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 10 g hendaklah dihancurkan yis tersebut dgn 75 ml air suam dan dibiarkan selama 10-15 sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung dan masukkan baki air 150 ml kedlm tepung (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

B. jika anda menggunakan yis kering biasa (bukan jenis segera) kuantiti yg diperlukan adalah sebyk 5 g kena campurkan yis tersebut & 1/4 sudu kecil gula kedlm 75 ml air suam dan dibiarkan sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dlm tepung bersama baki air 150 ml. (jumlah air suam yg digunakan adalah 225 ml)

Nota: Utk mengetahui yis tersebut jenis segera atau tidak baca arahan mengguna di paket jika yis tu boleh dimasukkan terus kedlm tepung bermakna yis tersebut adalah yis segara (easy blend) tetapi jika yis tersebut perlu dibancuh dgn sedikit gula dan air suam bermakna yis tersebut bukan yis segera
SPAGHETTI BOLOGNESE
      Bahan-bahan:
*      Sebungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak
*      sedikit olive oil untuk menumis
*      700gm daging cincang
*      sebiji bawang besar } potong dadu
*      2 ulas bawang putih} di tumbuk
*      1/2 tin tomato puree
*      2 sudu besar tomato sauce
*      2 biji tomato       }dicincang
*      sebatang carrot } potong dadu
*      1 batang celery } potong dadu
*      1 tin cendawan butang } dibelah 2
*      1 sudu kecil oregano
*      1/2 sudu kecil serbuk basil
*      2 helai bay leaves
*      Keju parut Parmesan secukupnya jika suka
*      Garam dan gula secukup rasa.
     Cara membuatnya :
*      Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya 
*      Masukkan daging cincang, biarkan seketika 
*      Masukkan pula tomato puree dan sedikit tomato sauce . Kacau lagi 
*      Masukkan oregano dan daun bay
*      Masukkan pula carrot, celeri, cendawan butang , tomato , garam dan gula secukupnya 
*      Kacaukan sekali sekala hingga masak dan kuah agak pekat
*      Semasa menghidang , letakkan  kuah bersama keju parut diatas spaghetti .

Roti Bawang Putih (Garlic Bread)

      Bahan-bahan: 
*      3 ulas bawang putih } ditumbuk
*      175 g mentega
*      12 ketul roti hotdog } dibelah 2
*      daun parsley } dicincang halus
      Cara membuat: 
*      Panaskan oven pada suhu 160 o C.
*      Campurkan bawang putih bersama mentega dan digaul sebati.
*      Sapukan mentega tadi pada roti
*      Taburkan daun parsley jika suka.
*      Tutup kembali roti tadi dan bolehlah dibakar di dalam oven selama 20-30 minit.
*      Hidang panas-panas.
 
  
KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

     Bahan-bahan:
*      1 kg kentang
*      1/4 cawan susu segar
*      2 sudu besar mentega
*      1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
*      garam secukup rasa
     Cara membuat:
*      Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
*      Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
*      Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
*      Sedia untuk dihidangkan
      Bahan Sos:
*      200 g tulang lembu
*      2 cawan air
*      1 labu bawang besar }dipotong dadu
*      1 batang carrot }dipotong kecil
*      1 batang celery }dipotong kecil
*      sedikit tepung jagung
*      sedikit serbuk lada hitam
      Cara membuat:
*      Tulang lembu dipanggang didalam oven sehingga perang kemudian direbus bersama carrot, bawang besar, celery dan lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
*      Tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air kemudian kacau sebati
*      Didihkan selama 10 minit. Setelah agak pekat boleh dihidangkan bersama mashed potato
BAKLAVA

Makes 24
Ingredients:
*      450 g walnut pieces, finely chopped
*      100g caster sugar
*      1 tsp ground cinnamon
*      450g frozen (thawed) phyllo pastry
*      225 g butter, melted
*      350g honey
Method:
*      Mix chopped walnuts, sugar dan cinnamon, set aside
*      Cut sheets of phyllo pastry into 33x23 cm. In greased 33x23cm baking dish, place 1 phyllo pastry sheet, brush with some melted butter.Repeat with more phyllo sheet and butter until there are 6 rectangular sheets of phyllo in dish
*      Over pyhllo pastry in baking dish, sprinkle one-quarter of chopped walnut mixture
*      Repeat step 2 and 3 to make 3 more layers (4 layers in total) Place remaining phyllo on top of last amount of walnuts: brush with butter
*      Preheat oven to 150Â’C/300Â’F/gas 2 With sharp knife, cut just halfway through layers in triangle pattern to make 24 servings
*      Bake for 1 hour and 25 minutes or until top is golden brown
*      In small saucepan over medium-low heat, heat honey until hot but not boiling. Evenly spoon hot honey over hot baklava
*      Cool baklava in dish on wire rack for at least 1 hour


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...