Tuesday, October 26, 2010

Apa nak jadi dengan anak-anak remaja kita.....

Caught having sex with minor
Seorang pelajar 16 tahun ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun di rumah pelajar perempuan ketika ibu bapa tiada di rumah di Taman Keramat Kuala Lumpur. Mereka mendakwa adalah sepasang kekasih dan telah melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali......

Apa nak jadi dengan remaja kita ni?...baru belasan tahun sudah terjebak dalam maksiat!! Ambil kesempatan bila ibu bapa keluar bekerja....entah lah ibu bapa sekarang ni terlalu sibuk nak ambil tahu pasal anak masing-masing! Budak-budak sekarang ni bukan macam kita dulu.....fikiran mereka sejak kecil lagi telah diracuni dengan bahan-bahan lucah dan hubungan lelaki perempuan ni....terlalu mentah dan tidak matang untuk menangani desakan nafsu ini...bila sudah ada kekasih....maka ini lah jadinya!!
Tak fikir apakah akibatnya!!
Ibu bapa pula.....dah terlambat baru tahu dan ambil tindakan...labu sudah di tebuk tupai!!
Ini lah akibatnya apabila anak-anak remaja ni lepas sekolah balik kerumah yang kosong....tiada ibu nak pantau aktiviti mereka di waktu petang atau pagi! Mereka bebas......buat apa sahaja...ibu bapa tiada di rumah!!
Jadi , semua ibubapa kena lah prihatin...di dunia tanpa sempadan ni macam-macam boleh jadi. Berilah didikan agama yang kukuh, tanamkan disiplin, takutkan Allah, dan jangan biarkan anak kita!!
Mereka yang begitu muda akan jadi mangsa keadaan...... mereka telah diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggung jawab!!
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...