Friday, November 28, 2014

Mengawas SPM 2014 di SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara....pengalamanku di sini!

Bismillahirrahmanirrahim...


Tahun 2014....aku di tugaskan mengawas SPM di sekolah ini...sekolah yang belum pernah ku menjejaki walaupun suatu ketika dulu aku pernah  berkhidmat di daerah Puchong ini iaitu di Sekolah Men,, Keb. Puchong Batu Lapan pada tahun 1998-1999. Juga pernah mengawas SPM di SMK Seksyen 1 juga...

Mungkin sekolah ini sekolah terakhir aku mengawas sebelum bersara pilihan tahun hadapan...
Apa pun aku terima tugas sebagai pengawas...lebih baik dari Ketua Pengawas yang aku rasakan tanggungjawbnya agak besar, tidak termampu nak laksanakan ....!!  Bersyukur sangat-sangat pada Allah dan terima kasih pada rakan setugas yang memahami...Alhamdulillah...

Hari pertama ke sekolah ini....


Bersama rakan setugas...Ketua Pengawas, Puan Lau Ai Ken duduk di sebelah kiri ku dan Khairol dan Farid disebelah kananku. Dari kanan, Puan Leong, Azmizan, Syamilla, Siah dan Suryani. Tiada dalam gambar Syazana, Wan Siew Wan  dan Nageswary.


Selama 10 hari bertugas disini menitipkan kemesraan di kalangan rakan-rakan setugas, bergilir-gilir mengawas dewan dan bilik, menjadi pengiring KP dan jadi runner dewan atau bilik...Di hari akhir mengawas kami berpelukan dan bersalaman tanda kemesraan dan persahabatan...Semoga kita bersua lagi...Setiap pertemuan ada perpisahan dan biarlah ia jadi kenangan yang menggembirakan hati. Bila pepisahan jadi satu kesedihan...sampai bila ia akan terkesan dijiwa, terbayang di fikiran,   sedihnya... bila kan bersua lagi? 

Namun apa yang agak menyedihkan hati sikap pelajar yang mengambil exam ni di mana pusat yang aku mengawas ini terdiri dari pelajar sastera dan akaun..... 

Ada sesetengah nya belum pun mula exam baru terima kertas, dah mula nak tidor, membenamkan muka di atas lengan, tak hiraupun dengan kertas exam tu...tak ada secalit kerisauan di muka nak jawab , susah ke senang ke soalan.. aku apa peduli?? Maka setelah jawab sedikit..apa yang dijawab entah lah....tidor dan bangun sekejap sekejap...sehingga masa habis , tunggu paper dikutip dan blah...!!

Yang lagi teruknya....ada yang tidur sepanjang masa dari awal sehingga akhir...baru bangun dan serah buku jawapan kosong!  Walaupun guru bertugas cuba bangunkan, tapi bukan dia tak sedar cuma, dia malas nak buat dan habiskan waktu hingga akhir dengan buat-buat tidor!! Kesiannya pelajar sebegini...apa kami boleh buat??

Kes lain pula...belum pun mula exam,  dah tanya kami ..cikgu lepas,  setengah jam boleh balik ker? Kalau tidak diberi...dia nak keluar dan balik jugak, walaupun pengetua sekolah tidak benarkan.  Jika kita tahan...mulalah dia buat hal, bising, pusing kiri kanan dan menggangu pelajar lain!!

Sebenarnya sistem pendidikan kita tidak berkesan dari segi ini....pelajar yang tidak berminat belajar di paksakan berada di alam persekolahan yang mereka tidak berminat untuk belajar...akhirnya apa yang kita dapat?? Pelajar bermasalah yang tiada visi dan misi diri...apakah masa depan mereka dapat dibentuk di sekolah yang hanya mementingkan sistem peperiksaan untuk dapat gred yang tinggi dalam SPM dan kemudian melanjutkan pelajaran ke IPT??  

Suatu refleksi perlu dilakukan bagaimana harus di perbaiki keadaan sekarang...takkan nak biarkan keadaan sebegini berterusan!! Wujudkan balik sekolah vokesynal untuk pelajar yang tidak berminat untk belajar secara teori..., pelajar sebegini lebih suka pada  kerja hands-on, amali atau praktikal yang mengasah bakat mereka manjadi pekerja mahir atau separa mahir...!!

Maka tidak perlulah kita impot pekerja asing datang ke sini, atau ramai PATI berduyun-duyun datang merebut peluang kerja . Tidaklah anak-anak remaja kita ini banyak merempit, mencuri, merompak, menghadap komputer game berjam-jam buang masa  selepas tamat alam sekolah....bagi mereka isi peluang pekerjaan ini!!  

Aduhai anak bangsaku...sedih para cikgu tengok kalian semua di meja semasa buat exam...malah aku rasa kalau ibu ayah dia tengok lagi sedih!! Apa tidaknya...segala pengorbanan wang ringgit mereka sia-sia sebab anak-anak tidak berminat untuk belajar dan ambil exam.!! 

Tapi apa kah kita jadi penonton sepi tanpa berbuat apa-apa...? 
Satu renungan buat semua...buat sesuatu jika tidak para remaja kita hilang arah tuju dalam hidup, kita lah yang mencorakkan masa depan mereka!!

RAW
NOV 2014 





Tuesday, November 4, 2014

Untuk hati tersenyum dan tenang......



Hati yang tenang dambaan jiwa...
Tenang dalam duka
Tenang dalam diam
Tenang menghadapi segala....!!

Tanpa tarbiah jiwa...
Masakan dapat ketenangan itu..
Tanpa dekat padaNya..
Sengsara hati merana jiwa!!

Justru itu....
Bangkitlah hati...
Sucikan diri...
Menggapai ketenangan hakiki!!

RAW
Nov2014



Friday, October 24, 2014

Refleksi Tahun hijrah 1436 ini..

Bismillahirrahmanirrahim...




Hari ini merupakan hari pertama tahun hijrah 1436....tahun baru menjengah lagi...bertambah setahun demi setahun....sehingga tiba saat kita kembali padaNya. Begitulah kita lalui hidup ini hari demi hari berlalu, berganti minggu dan bulan sehingga setahun pun telah berlalu....!!

Aku masih di sini di ruang waktu dan kehidupan yang ku lalui ini....rutin seharian hidup ini kulalui ..dengan rasa sebegini..jatuh bangun , sedih gembira, segala macam rasa dijiwa...!!

Aduh...bagaimana ku lalui semua itu?? Hanya Allah yang tahu ...bak kata pepatah di telan mati emak diluah mati anak ....semuanya terbuku dilubuk rasa!!!

Peritnya mujahadah ini....tanpa kekuatan dariMu aku tak mampu...tidak mampu untuk terus bertahan..kadang2 rasanya ingin menjerit sekuat dan sepuas hati melepaskan segalanya di dada...boleh ke begitu?? 

Entahlah...tapi itulah yang kurasa...Bila kan hilang agaknya??

Ya Allah tolongi hambaMu ini ya Allah......hanya Engkau sahaja yang dapat menolongku, jangan biarkan aku sendiri tenggelam dalam lautan rasa yang tiada penghujungnya!!

Kasihani jiwa yang lelah dan sakit ini ya Allah....

Ku mohon ampunanMu, kasih sayangMu, perhatian dan penjagaanMu pada aku....
Bila aku adaMu dalam hatiku...ku tak perlu sesiapa lagi..., biarlah pergantungan ku hanya padaMu sahaja, bukan pada manusia yang banyak kerenahnya...... 

Ya...segalanya di dunia ini akan ditinggalkan...namun yang kekal hanya diriMu yang akan menyertaiku di mana sahaja dunia dan akhirat....maka bantulah aku mencintaiMu,merasai kasih sayangMu ya Rabb....

Ya...keinginanku sebagai manusia untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat sana.........!! 
Bantulah aku untuk tunduk dan patuh padaMu, menjadi hambaMu yang hanya ada cinta padaMu di hati..

Tak akan tercapai semua itu tanpaMu.........!!

Ameen Ya Rabbal Alamin........

Nukilan Rasa
RAW

Monday, October 20, 2014

Renungan buat diriku....tentang cinta




Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan,

 “Kelezatan mengikuti rasa cinta. Ia akan menguat mengikuti menguatnya cinta dan melemah pula seiring dengan melemahnya cinta.

 Setiap kali keinginan terhadap al-mahbub (sosok yang dicintai) serta kerinduan kepadanya menguat maka semakin sempurna pula kelezatan yang akan dirasakan tatkala sampai kepada tujuannya tersebut. 

Sementara rasa cinta dan kerinduan itu sangat tergantung kepada ma’rifah/pengenalan dan ilmu tentang apa yang dicintai.

 Setiap kali ilmu yang dimiliki tentangnya bertambah sempurna maka niscaya kecintaan kepadanya pun semakin sempurna. 

Apabila kenikmatan yang sempurna di akherat serta kelezatan yang sempurna berporos kepada ilmu dan kecintaan, maka itu artinya barangsiapa yang lebih dalam pengenalannya dalam beriman kepada Allah, nama-nama, sifat-sifat-Nya serta -betul-betul meyakini- agama-Nya niscaya kelezatan yang akan dia rasakan tatkala berjumpa, bercengkerama, memandang wajah-Nya dan mendengar ucapan-ucapan-Nya juga semakin sempurna. 

Adapun segala kelezatan, kenikmatan, kegembiraan, dan kesenangan -duniawi yang dirasakan oleh manusia- apabila dibandingkan dengan itu semua laksana setetes air di tengah-tengah samudera. 

Oleh sebab itu, bagaimana mungkin orang yang berakal lebih mengutamakan kelezatan yang amat sedikit dan sebentar bahkan tercampur dengan berbagai rasa sakit berbanding kelezatan yang Maha Agung, terus-menerus dan abadi.....??

 Kesempurnaan seorang hamba sangat tergantung pada dua buah kekuatan ini; kekuatan ilmu dan rasa cinta. Ilmu yang paling utama adalah ilmu tentang Allah, sedangkan kecintaan yang paling tinggi adalah kecintaan kepada-Nya.

 Sementara itu kelezatan yang paling sempurna akan bisa digapai berbanding lurus dengan dua hal ini, Allahul musta’aan.”

Thursday, September 25, 2014

La Tahzan....






Renungan utk hati yang bersedih......specially for u, my friend..
1. Hidup ini pilihan, apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan.

2. Dan apapun yang membuatkan kita tersenyum jangan lepaskan.

3. Kesedihan bukan untuk diratapi, tetapi merupakan panggilan jiwa untuk muhasabah diri dan berbuat yang lebih baik untuk diri.

4 Tidak ada seorang pun dalam hidup ini sangat kuat.


5. Semua orang merasai kesedihan, tetapi kadang-kadang seseorang mampu pura-pura senyum.


6 Kadang-kadang, seseorang itu lebih memilih untuk tersenyum kerana tidak ingin menunjukkan mengapa dirinya bersedih.


7. Tuhan Maha Penyayang, Maha Pengasih. Hanya Tuhan tempat kembali, hanya Tuhan yang mampu mengubah kesedihan kepada kegembiraan.


8. Seseorang yang kita nampak kuat, tidak bererti dia tidak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tidak ada yang salah, tetapi mungkin hatinya terluka.


9. Ambil pengajaran dari masa yang lalu dan tinggalkan kesedihan. Jangan biarkan kesedihanmu menutup jalan masa hadapanmu.


10. Senyumlah, tinggalkan kesedihan. Lupakan ketakutanmu.


11. Sakit yang kamu rasa tidak setara dengan kebahagiaan yang bakal kamu kecapi.


12. Ketika seseorang melukaimu, jangan bersedih kerana Allah sentisa mendatangkan penyembuh buatmu.


13. Ketika seseorang yang cukup bermakna buatmu pergi, jangan terus bersedih kerana kamu akan kehilangan dirimu sendiri yang juga cukup bermakna.


14. Jangan pernah menyalahkan orang lain di atas kesedihanmu kerana kebahagiaanmu adalah urusanmu.


15. Kebahagiaan kita harus datang dari dalam diri kita


16. Percaya pada diri sendiri walaupun sedang bersedih kerana pembakar semangat terbesar dalam hidup kita adalah diri kita sendiri.


17. Tuhan tidak pernah membiarkan hambaNya berpanjangan dalam kesedihan, pasti ada rancangan indah untuk membayar semua air mata kita


18. Tidak perlu bersedih kerana kekurangan diri kita. Ketahuilah, Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan.
— with Sahariza Mohd Salleh.

Monday, September 22, 2014

Put trust in Him...!!


Sadness is.....
when missing someone who does not even think
or bothers about you anymore......
where as you are always thinking about them....
Oh Dear God....
Please fix my heart.....

La Tahzan Innallaha ma'ana...

Memaafkan mungkin mudah....
tapi melupakan amat payah....

berjanji itu mudah....
tapi melaksanakannya amat payah...!!

RAW 22/9/2014




Thursday, September 11, 2014

Anugerah cinta dariNya...



Cinta suci yang diredaiNya...
Tidak akan melanggar batasan syara'...
Bukanlah cinta itu satu jenayah...
tapi ia adalah fitrah...

Jagai anugerah itu...
supaya tidak dicemari....
oleh nafsu dan dosa...
Agar kita sentiasa dalam keredaanNya..!!

Bukankah kita ni hamba Allah...
Mencinta sesuatu /sesaorang...
hanya keranaNya?

Itulah bukti cinta  hamba pada RabbNya ..
Namun cinta agung MilikNya jua!!

RAW
11/9/14



Renungan buat hati...




Hati-hati dengan hati.....
Sekali ia terusik....
Merana diri...
Jagai hati....
Sayangi hati...
Kerana itulah nilaian ya Rabbi...

Jangan biarkan ia mati...
Sakit atau tersiksa....
Kelak sengsara tak tentu hala...

Ingatlah selalu pada siDia
Yang memelihara jiwa dan menyayangi kita..
Lebih dari segalanya..!!

RAW 
10/9/2014


Monday, September 8, 2014

Kita adalah apa yang kita fikirkan...!!




Pemikiran yang positif melahirkan tindakan dan peribadi yang positif jua....
Jadi buang segala tanggapan negatif dalam diri...
Berkawan dengan mereka yangberfikiran positif ..
Dengan itu jiwa jadi lebih tenang dan yakin  !!

Sunday, September 7, 2014

Saturday, September 6, 2014

Syukurku pada segala kurniaanMu...




Adakah kita telah jadi hamba yang bersyukur hari ini......?
Lihatlah pada batang tubuh diri yang sempurna....sejauhmana telah digunakan untuk mensyukuri nikmatNya?
Tanyai hati bukalah minda.......jika masih tidak tersentuh, kerasnya hati itu akaibat kurangnya mensyukuri!!
Hakikat syukur sebenar menjadi hambaNya yang taat dan patuh pada segala arahanNya...!
Sudahkah kita melaksanakanNya??


Monday, September 1, 2014

Cinta yang membawa kesyurgaNya....Cinta Allah mengatasi segalanya!!




Kisah ini terjadi di Kufah. Suatu hari, seorang pemuda tampan yang terkenal keshalihannya datang ke Bani An Nakha’. Tanpa sengaja, ia bertemu dengan seorang gadis. Tak seperti biasanya, ada rasa yang berbeda. Ada getaran aneh di dadanya. Banyak gadis cantik jelita, tapi kali ini, entah mengapa ia bisa jatuh cinta kepada gadis yang baru dijumpainya. Rasa yang sama ternyata juga dialami oleh sang gadis. Ia juga jatuh cinta kepada pemuda tersebut. Padahal, ia telah dijodohkan oleh orangtuanya. Nanti jika telah tiba waktunya, pria yang dijodohkan dengannya itu akan datang mengkhitbah. 

Sang pemuda shalih dan tampan, yang hatinya telah jatuh cinta tak mau lama-lama memendam cinta. Ia kemudian menyuruh seseorang untuk mendatangi rumah si gadis untuk menyampaikan lamarannya. “Maaf Nak, putriku sudah kujodohkan dengan pria yang tak lain adalah sepupunya,” demikian jawaban ayah si gadis. Jawaban itu seperti petir di siang bolong. Cintanya yang menggelora kini bertemu dengan benteng kokoh sebagai penghalangnya. Gadis yang dicintainya ternyata sudah dijodohkan, dan tak mungkin bagi sang ayah untuk membatalkan perjodohan itu. 

Sementara itu, sang gadis kini tahu bahwa pemuda yang dicintainya itu juga mencintainya. Keduanya saling mencintai dan cinta sang pemuda benar-benar serius karena langsung melamarnya. Ia berpikir keras, bagaimana caranya agar cinta keduanya bersatu. Akhirnya sebuah “cara nekat” terpikir olehnya. Cinta sang pemuda semakin hari semakin mendalam. Kendati rasanya sudah tak mungkin menikahi gadis itu, cintanya tak kunjung padam. Makin menyala-nyala. Di saat seperti itu, datanglah utusan menyampaikan sebuah pesan dari gadis yang dicintainya: “Aku tahu betapa besar cintamu padaku. Kau juga perlu tahu betapa besarnya cintaku padamu. Jika engkau setuju, aku akan datang kepadamu. Atau jika kau mau, kau bisa datang ke kamarku. Aku telah menyiapkan jalannya.” 

Sang pemuda gemetar; antara luapan cinta yang bertemu cinta dengan keimanan yang membuatnya takut melakukan kemaksiatan. Maka ia pun menulis surat balasan: “Aku tak setuju dengan dua cara itu. Aku takut kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala jika aku bermaksiat kepadaNya. Aku takut dengan azab Allah di hari pembalasan. Aku takut api yang tak pernah kecil nyalanya dan tak pernah padam kobarannya.” Mendapati jawaban itu, gadis tersebut menangis. “Ia sangat mencintaiku, tapi ia lebih mencintai Tuhanku. Ia takut kepadaNya. Lalu mengapa aku tidak bertaqwa? Bukankah semua hamba berhak untuk bertaqwa?” 

Sang gadis menyadari kekeliruannya. Jatuh cinta tidaklah terlarang, tetapi melakukan kemaksiatan atas nama cinta adalah hal yang diharamkan. Maka setelah membaca surat itu, ia bertaubat. Ia meninggalkan seluruh perbuatan buruknya, bahkan ia meninggalkan seluruh keinginannya terhadap dunia. Ia khusyu’ beribadah kepada Allah. Mendekat kepadaNya, bermunajat. Hari demi hari berlalu. Tubuh sang gadis makin kurus. Bersamaan dengan gigihnya ia beribadah dan makin mendalamnya rindu dan cinta yang ditahannya. Akhirnya sang gadis meninggal dunia.

Sepeninggal gadis itu, sang pemuda sering menziarahi makamnya. Ia mendoakannya, hingga kadang tak terasa air mata sudah jatuh ke tanah pemakaman gadis yang dicintainya. Hingga suatu hari, saat ia mendoakan kekasihnya ia tertidur dan bermimpi bertemu dengannya. “Bagaimana keadaanmu?” kata pemuda itu menyapa sang gadis dalam mimpinya. Sang gadis tampak lebih cantik dari yang pernah ditemuinya. “Alhamdulillah, aku berada dalam naungan rahmat Tuhanku. Sebaik-baik cinta adalah cintamu yang telah menggiringku dalam kebaikan” “Lalu kau mau ke mana?” “Aku sekarang menuju pada kehidupan yang abadi. Menuju surga yang penuh kenikmatan” “Aku berharap kau selalu mengingatku di sana. Sebab aku juga selalu mengingatmu di dunia ini” “Demi Allah, aku takkan melupakanmu. Aku meminta kepada Allah agar Dia mengumpulkan kita di sini. Maka bantulah aku dengan kesungguhan ibadahmu” “Kapan aku bisa bertemu denganmu?” “Tak lama lagi”

Sang pemuda terbangun. Mimpi itu seperti mimpi yang nyata. Dan benar, tujuh hari setelah ia mengalami mimpi itu, ia meninggal dunia. Berpulang kembali menuju rahmatNya. Sahabat… mungkin engkau juga jatuh cinta. Tak ada yang salah dengan cinta. Jika Allah menghadirkan cinta itu secara tiba-tiba, sesungguhnya Dia telah mengujimu. Apakah engkau akan tetap mematuhi aturanNya, atau terjebak pada kemaksiatan atas nama cinta. 

Jika cintamu tak bisa bertemu di pelaminan, maka jangan pernah mengundang dosa atas nama cinta. Sebab saat kau memilih cintaNya atas segala cinta, Allah akan memberikan cinta terbaik untukmu di surgaNya. 

“Allah Azza wa Jalla berfirman (dalam hadits qudsi), ‘Orang-orang yang saling mencintai karena keagunganKu, mereka mempunyai mimbar dari cahaya yang membuat para Nabi dan syuhada’ iri kepada mereka.’” (HR. Tirmidzi, hasan shahih)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...