Thursday, September 25, 2014

La Tahzan....






Renungan utk hati yang bersedih......specially for u, my friend..
1. Hidup ini pilihan, apapun yang membuatkan kita sedih, tinggalkan.

2. Dan apapun yang membuatkan kita tersenyum jangan lepaskan.

3. Kesedihan bukan untuk diratapi, tetapi merupakan panggilan jiwa untuk muhasabah diri dan berbuat yang lebih baik untuk diri.

4 Tidak ada seorang pun dalam hidup ini sangat kuat.


5. Semua orang merasai kesedihan, tetapi kadang-kadang seseorang mampu pura-pura senyum.


6 Kadang-kadang, seseorang itu lebih memilih untuk tersenyum kerana tidak ingin menunjukkan mengapa dirinya bersedih.


7. Tuhan Maha Penyayang, Maha Pengasih. Hanya Tuhan tempat kembali, hanya Tuhan yang mampu mengubah kesedihan kepada kegembiraan.


8. Seseorang yang kita nampak kuat, tidak bererti dia tidak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tidak ada yang salah, tetapi mungkin hatinya terluka.


9. Ambil pengajaran dari masa yang lalu dan tinggalkan kesedihan. Jangan biarkan kesedihanmu menutup jalan masa hadapanmu.


10. Senyumlah, tinggalkan kesedihan. Lupakan ketakutanmu.


11. Sakit yang kamu rasa tidak setara dengan kebahagiaan yang bakal kamu kecapi.


12. Ketika seseorang melukaimu, jangan bersedih kerana Allah sentisa mendatangkan penyembuh buatmu.


13. Ketika seseorang yang cukup bermakna buatmu pergi, jangan terus bersedih kerana kamu akan kehilangan dirimu sendiri yang juga cukup bermakna.


14. Jangan pernah menyalahkan orang lain di atas kesedihanmu kerana kebahagiaanmu adalah urusanmu.


15. Kebahagiaan kita harus datang dari dalam diri kita


16. Percaya pada diri sendiri walaupun sedang bersedih kerana pembakar semangat terbesar dalam hidup kita adalah diri kita sendiri.


17. Tuhan tidak pernah membiarkan hambaNya berpanjangan dalam kesedihan, pasti ada rancangan indah untuk membayar semua air mata kita


18. Tidak perlu bersedih kerana kekurangan diri kita. Ketahuilah, Tuhan pasti memberi kelebihan kepada setiap orang yang memiliki kekurangan.
— with Sahariza Mohd Salleh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...