Bismillahirrahmanirrahim...
Tahun 2014....aku di tugaskan mengawas SPM di sekolah ini...sekolah yang belum pernah ku menjejaki walaupun suatu ketika dulu aku pernah berkhidmat di daerah Puchong ini iaitu di Sekolah Men,, Keb. Puchong Batu Lapan pada tahun 1998-1999. Juga pernah mengawas SPM di SMK Seksyen 1 juga...
Mungkin sekolah ini sekolah terakhir aku mengawas sebelum bersara pilihan tahun hadapan...
Apa pun aku terima tugas sebagai pengawas...lebih baik dari Ketua Pengawas yang aku rasakan tanggungjawbnya agak besar, tidak termampu nak laksanakan ....!! Bersyukur sangat-sangat pada Allah dan terima kasih pada rakan setugas yang memahami...Alhamdulillah...
Hari pertama ke sekolah ini....
Bersama rakan setugas...Ketua Pengawas, Puan Lau Ai Ken duduk di sebelah kiri ku dan Khairol dan Farid disebelah kananku. Dari kanan, Puan Leong, Azmizan, Syamilla, Siah dan Suryani. Tiada dalam gambar Syazana, Wan Siew Wan dan Nageswary.
Selama 10 hari bertugas disini menitipkan kemesraan di kalangan rakan-rakan setugas, bergilir-gilir mengawas dewan dan bilik, menjadi pengiring KP dan jadi runner dewan atau bilik...Di hari akhir mengawas kami berpelukan dan bersalaman tanda kemesraan dan persahabatan...Semoga kita bersua lagi...Setiap pertemuan ada perpisahan dan biarlah ia jadi kenangan yang menggembirakan hati. Bila pepisahan jadi satu kesedihan...sampai bila ia akan terkesan dijiwa, terbayang di fikiran, sedihnya... bila kan bersua lagi?
Namun apa yang agak menyedihkan hati sikap pelajar yang mengambil exam ni di mana pusat yang aku mengawas ini terdiri dari pelajar sastera dan akaun.....
Ada sesetengah nya belum pun mula exam baru terima kertas, dah mula nak tidor, membenamkan muka di atas lengan, tak hiraupun dengan kertas exam tu...tak ada secalit kerisauan di muka nak jawab , susah ke senang ke soalan.. aku apa peduli?? Maka setelah jawab sedikit..apa yang dijawab entah lah....tidor dan bangun sekejap sekejap...sehingga masa habis , tunggu paper dikutip dan blah...!!
Yang lagi teruknya....ada yang tidur sepanjang masa dari awal sehingga akhir...baru bangun dan serah buku jawapan kosong! Walaupun guru bertugas cuba bangunkan, tapi bukan dia tak sedar cuma, dia malas nak buat dan habiskan waktu hingga akhir dengan buat-buat tidor!! Kesiannya pelajar sebegini...apa kami boleh buat??
Kes lain pula...belum pun mula exam, dah tanya kami ..cikgu lepas, setengah jam boleh balik ker? Kalau tidak diberi...dia nak keluar dan balik jugak, walaupun pengetua sekolah tidak benarkan. Jika kita tahan...mulalah dia buat hal, bising, pusing kiri kanan dan menggangu pelajar lain!!
Sebenarnya sistem pendidikan kita tidak berkesan dari segi ini....pelajar yang tidak berminat belajar di paksakan berada di alam persekolahan yang mereka tidak berminat untuk belajar...akhirnya apa yang kita dapat?? Pelajar bermasalah yang tiada visi dan misi diri...apakah masa depan mereka dapat dibentuk di sekolah yang hanya mementingkan sistem peperiksaan untuk dapat gred yang tinggi dalam SPM dan kemudian melanjutkan pelajaran ke IPT??
Suatu refleksi perlu dilakukan bagaimana harus di perbaiki keadaan sekarang...takkan nak biarkan keadaan sebegini berterusan!! Wujudkan balik sekolah vokesynal untuk pelajar yang tidak berminat untk belajar secara teori..., pelajar sebegini lebih suka pada kerja hands-on, amali atau praktikal yang mengasah bakat mereka manjadi pekerja mahir atau separa mahir...!!
Maka tidak perlulah kita impot pekerja asing datang ke sini, atau ramai PATI berduyun-duyun datang merebut peluang kerja . Tidaklah anak-anak remaja kita ini banyak merempit, mencuri, merompak, menghadap komputer game berjam-jam buang masa selepas tamat alam sekolah....bagi mereka isi peluang pekerjaan ini!!
Aduhai anak bangsaku...sedih para cikgu tengok kalian semua di meja semasa buat exam...malah aku rasa kalau ibu ayah dia tengok lagi sedih!! Apa tidaknya...segala pengorbanan wang ringgit mereka sia-sia sebab anak-anak tidak berminat untuk belajar dan ambil exam.!!
Tapi apa kah kita jadi penonton sepi tanpa berbuat apa-apa...?
Satu renungan buat semua...buat sesuatu jika tidak para remaja kita hilang arah tuju dalam hidup, kita lah yang mencorakkan masa depan mereka!!
RAW
NOV 2014
No comments:
Post a Comment