Dalam sedar tidak sedar.....kita dahpun sampai ke penghujung Ramadhan....kita menjalani ibadah puasa... dengan banyak dugaannya....bagaimana kita nak imbangkan ibadah kita dengan tanggungjawab kita di tempat kerja kita.....kadang2 kerja yang banyak terbawa balik rumah.....patutnya di bulan ini tumpuan kita kena lebih pada ibadah.....tapi terpaksa juga buat kerja yang perlu tu.....kena pandai-pandai le bahagi masa tu!
Tak lama lagi sibuk pula nak sambut raya, dengan kuih raya, persiapan rumah, baju raya......banyak lagi...Tapi janganlah kesibukan ini menyebabkan kita terlalai dengan ibadah kita di penghujung Ramadhan...orang lain sibuk tingkatkan ibadah tapi kita sibuk pulak nak beraya.....rugi le sebenarnya kita...
kena berpada-padalah sebab bukan tu sebenarnya matlamat raya tu...seronok je...tapi raya tu sebenarnya untuk orang yang telah berjaya melawan nafsu dibulan puasa! Kalau awal2 lagi kita dah kecundang dengan nafsu kita.......apa lah erti raya tu disisi Allah!
Di Tv pula dah di wawarkan rancanga raya......penuh hiburan ...............dari raya pertama hingga beberapa hari selepas tu!! Dengan lagu-lagunya, drama2nya...macam2 untuk halwa telinga dan mata!!
Rasanya bukan gitulah kita sambut raya....kena insaf diri, dan kita dahpun bersihkan hati kita dibulan puasa tu dengan melawan nafsu......tapi tiba2 di raya pertama...kotor balik lah jiwa tu...tak de le perubahan! Anak-anak pula terpaku mata depan tv tak nak pi ziarah kerana tak mau miss rancangan raya yang telah disediakan diTV!
Camnelah umat islam ni nak kuat....Puasa hanya rutin tahunan....bukan untuk meningkatkan diri!Sampai bila pun ginilah kita. Tak tertingkat iman dan kefahaman dan kesedaran islam walaupun umur dah separuh abad! Perlu betulkan konsep menyambut raya ni supaya selaras dengan yang Allah kehendaki. Kefahaman ini bukan untuk segelintir orang je....semua orang kena faham bagaimana nak sambut raya yang sebenarnya!!
Begitu juga dengan konsep rumah terbuka sekarang...kena sediakan juadah banyak-banyak baru panggil orang datang, kalau tak orang tak datang rumah! Amalan ziarah menziarahi masa kat kampung dulu sudah jarang diamalkan...mesti buat open house juga.....dengan belanja besar juga....tapi tak sempat pun beramah mesra dengan tetamu yang hadir....sibuk melayan dan menguruskan ramai orang yang datang..... lepas penat lah dua hari....!!
Masa berlalu, cara pun banyak berubah........tapi perubahan yang kita nak sepatutnya yang baik, tak menyusahkan dan membebankan kita dan selaras dengan yang Allah kehendaki......Jangan hanya turutkan nafsu.....Hari raya sepatutnya sehari je....tapi kita sebulan! Penuhilah masa selepasa Ramadhan kita dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal.....yang kadang2 tak sempat buat sebab sibuk beraya!
No comments:
Post a Comment