Aku mendapat sms dari anakku pada hari ini yang ingin ku kongsikan bersama supaya kita memasuki Ramadhan dengan bersih hati dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah!
......."Assalamualaikum......, boleh saya masuk?"kata Ramadhan. Aku terkejut.......syukurnya kerana aku dikunjungi lagi oleh nya.......silalah masuk duhai Ramadhan Al-Mubarak. Akan ku layanimu sebagai tetamu paling kehormat dengan gandaan ibadah, insyaAllah, tambahku lagi dengan senyuman dan tangan terbuka. "Tetapi aku melihat bahawa engkau seringkali menyakiti hati saudara seislammu...bagaimana engkau mampu melayaniku dengan sempurna?" soal Ramadhan. Lalu aku menjawab..." Baiklah Ramadhan, akan ku pinta kemaafan dan keampunan dari mereka.....dan semoga engkau akan bersama kami dengan penuh keberkatan, maghfirah serta melepaskan kami semua daripada azab api neraka." :}
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.Sama-sama lah kita saling bermaaf-maafan kerana Allah SWT. Buang yang keruh ambil yang jernih.......Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah....So kita mulai lah bermaafan terlebih dahulu kerana itu yang paling utama disisi Allah ....walau pun kita rasa bukan kita yang salah....... Yang penting tali silaturrahim kita sambungkan semula......kerana kita nak mengelakkan dari kemurkaan Allah ......
Ameen....ya Allah berilah kami kekuatan untuk mentaatiMu!!
Maaf Zahir Batin bagi yang mengenali diriku....
No comments:
Post a Comment