Pada hari 23 Jan 2013 diadakan larian gemilang SMKSS...dahulunya di kenali sebagai merentas desa...nama glamor tu..
Aku bertugas bersama Ustazah Saharizah di Checkpoint 7, iaitu di persimpangan kolej kedua UPM...awal kami sampai disitu menunggu pelajar datang...
Sempat bersarapan disitu dengan bekalan yang di beri oleh pihak sekolah.....nasi lemak telur goreng dan sebotol air drinking water...alhamdulillah oklah tu....
Sementara menunggu pelajar... ku abadikan kenangan bersama Ustazah di persimpangan jalan kolej kedua UPM.....
Tidak lama kemudian sampailah batch pertama pelajar didahului oleh Aiman Baharuddin, pelajar Ting 5 Mulia kelas yang ku ajar... berlari pantas juga mengejar masa. Trek laluan pelajar lelaki lebih kurang 7-7.5 km sementara trek pelajar permpuan 6-6.5 km..jauh tu trek plg jauh setakat ni....Harap-harap jangan ada yang pengsan....
Tugas kami dan 2 pelajar QM memastikan pelajar melalui trek yang betul, tidak membahayakan diri semasa berlari diatas jalan yang merupakan laluan kenderaan keluar masuk ke kolej kediaman...
So far so good...semua berjalan lancar.....kami menunggu kemunculan pelajar-pelajar lain satu persatu...kumpulan demi kumpulan..
Alhamdulillah ...sempat bergambar tu, ada yang minta air minuman kerana haus....jauh lagi perjalanan tu...tapi ada yang siap sedia berlari dengan botol air sekali...macam tulah, sediakan air sebelum haus....Pihak sekolah ada membekalkan air tapi bukanlah disepanjang trek, hanya dicheckpoint tertentu sahaja....tapi jauhlagi dri checkpoint 7 ni ...Sabar ye...nanti sampailah ke situ.
Setelah batch terakhir melalui check point...kami pun berangkat pergi menelusuri trek dengan kereta, kemudian berhenti mengambil 3 orang pelajar PBSM yang sedang berjalan. Di perjalanan pulang ikut trek, didapati ramai pelajar melencung ke cafe di bawah kolej kediamaan untuk beli air, terpaksa menyuruh mereka pergi kerana di hujung trek ada disediakan air, tapi ada juga yang lolos...... Sepatutnya pihak sekolah menyediakan air di check point yang lebih awal iaitu checkpoint 8 atau 9 selepas mereka menaiki bukit......
Kemudian kereta kami berhenti sebentar kerana ada pelajar yang letih.. ia dibantu oleh ahli PBSM. tapi tidak ada yang pengsan....nampak steady jer . Ku lihat van Cikgu Zaki berlegar di sepanjang trek mengambil pelajar yang letih tidak berdaya dan juga kawalan keselamatan UPM dan pelajar kadet polis meronda di sepanjang perjalanan trek.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya kami sampai semula kesekolah.....
Selesai menunaikan solat duha di surau sekolah, kami berehat sebentar kerana waktu rehat , kemudian semua guru masuk kekelas masing-masing.....untuk P & P.....tapi oleh kerana kebanyakan pelajar keletihan.... tidak dapat mengajar sebagaimana yang sepatutnya, buat sekadar yang boleh jer...
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya kami sampai semula kesekolah.....
Selesai menunaikan solat duha di surau sekolah, kami berehat sebentar kerana waktu rehat , kemudian semua guru masuk kekelas masing-masing.....untuk P & P.....tapi oleh kerana kebanyakan pelajar keletihan.... tidak dapat mengajar sebagaimana yang sepatutnya, buat sekadar yang boleh jer...
Bertugas dicheckpoint ini tidak dapat menyaksikan event permulaan dan pengakhiran .....dibawah ini ku abadikan beberapa event yang miss tu....
Markah akhir rumah-rumah sukan... ...rumah sukanku Musytari dapat tempat keempat.....tak pe cuba lagi...masa sukantara nanti.
Ucapan puan pengetua...
Pelepasan pelajar.....
Markah akhir rumah-rumah sukan... ...rumah sukanku Musytari dapat tempat keempat.....tak pe cuba lagi...masa sukantara nanti.
Apapun...berakhirlah sudah Larian Gemilang Sekolah...semuanya berjalan lancar atas kerjasama semua guru SMKSS. Tahniah!
No comments:
Post a Comment