Kesyukuran kita pada Allah meliputi 3 aspek yang penting....
1. Syukur dengan hati
Menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dariNya. Hati sentiasa khusyuk dan merasai nikmat yang tidak terhingga dariNya......
2. Syukur dengan lisan
Memuji Allah sebanyak-banyaknya dengan menyebutkan Alhamdulillah yang lahir dari perasaan yang benar-benar bersyukur diatas segala pemberian Allah SWT. Hati yang merasai hakikat syukur ini akan menyebabkan lisannya sentiasa basah memuji Allah tanda syukur.
3. Bersyukur dengan perbuatan
Taat beribadat kepadaNya dengan menggunakan kurniaanNya pada kita untuk kebaikan bukannya untuk maksiat dan dosa. Segala pancaindera kita digunakan untuk kebaikan, harta kita untuk membantu agama Allah dan berinfaq, kebolehan diri kita untuk maslahat Islam, kenderaan kita untuk membawa kita ke tempat yang baik seperti masjid, ke majlis ilmu dsbnya...
Seharusnya kita tanamkan dan hadamkan hakikat kesyukuran kita pada Allah dengan banyak merenung dan memperhati segala kurniaanNya dan betapa kita merasai bahawa segalannya adalah milik Allah SWT dan segala yang ada di dunia ini Allah tundukkan untuk manfaat manusia. Betapa kasihnya Allah pada kita sehingga segala keperluan kita untuk hidup di dunia ini Allah cukupkan! Jadi sama-samalah kita lahirkan hakikat syukur ini dalam hati kita , lisan dan perbuatan, insyaAllah......
No comments:
Post a Comment