Saturday, February 19, 2011

Hari Merentas Desa SMKSS

Hari ini hari merentas desa sekolah ku sebagai hari sekolah ganti untuk cuti hari raya nanti...
Jadi pagi ini semua pelajar dan guru sesi pagi dan petang datang serentak mengambil bahagian.....
Setelah sekian lama  sekolahku tidak mengadakan acara ini................

Aku bertugas dibahagian pencatat pemenang Lelaki terbuka (tingkatan 6) bersama beberapa orang guru sekolah seperti Cikgu Zulaini, Cikgu Suraya...diketuai oleh Cikgu Hasanah.
 Acara agak lewat dimulakan dimulai oleh Cikgu Taslim dengan bacaan doanya dan seterusnya dengan senamrobik untuk memanaskan badan... Hot juga senamrobik ni, cuma jangan le pakai baju seluar ketat-ketat tak kira pelajar lebih-lebih lagi guru.......jaga le etika berpakaian! Kita ni kan pendidik!!
Acara di rasmikan oleh Puan Pengetua Puan Faizah dengan ucapan pendek dan juruacaranya ...siapa lagi kalau bukan Puan Rafidah.!

Selepas Puan Izatuldiana menerangkan peraturan dalam merentas desa tu....lebih kurang pukul 9.30 am larian di mulakan di padang sekolah yang kini sudah tinggal sekangkang kera......matahari sudah agak terik juga , hai panas le budak-budak ni ....maka bermulalah acara larian....
Wisel pertama dimulakan bagi pelajar perempuan P3......pelajar-pelajar comel tingkatan peralihan, satu dan dua....dan diakhiri dengan lelaki terbuka (tingkatan 6)

Sementara menunggu , kami guru-guru pencatat pemenang dan lain juga, bersembang mengeratkan tali silaturrahim......suasana informal begini perlu untuk itu..

Tidak lama kemudian suara Puan Rafidah mengumumkan kedatangan pemenang P3....kepenatannya mereka...ada yang hampir pengsan....tak menang tangan pasukan PBSM. Guru-guru lain juga membantu...

Diikuti pemenang L3 dan L2....kelam kabut juga meja pencatat kerana ramainya mereka yang beratur untuk daftar nama kat kami....ada yang tak mampu berjalan lagi.....semuanya kepenatan...!

Acara penyampaian hadiah dijalankan dipadang sekolah oleh Puan Pengetua dan AJK PIBG.
Sekali lagi pelajar berpanas ....tak pe lah....semangat sukan, kami boleh!!

Apapun acara ini menyeronokkan juga....sesekali mengeluarkan peluh takkan nak asyik belajar je...
tapi next week ujian intervensi le bagi Ting 5 dan 3 .......larat ke nak prepare last minute study??
Entahlah....timing tak kena lah.....anyway tengoklah cam ne.....jangan ada yang tak datang nanti...
Selalunya lepas merentas desa....kaki akan sakit beberapa hari..!!

Camne pun tahniah kepada SMKSS kerana berjaya menganjurkan acara ini......
Boleh diperbaiki lagi........biasalah selepas siap rumah,  pahat pun berbunyi...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...