Tuesday, December 27, 2011

Kesan muzik dan Quran pad sebiji epal....bayangkan apa terjadi pada jiwa kita bila selalu mendengar muzik! .


Article from discomaulavi.wordpress.com....untuk renungan jiwa kita!


When I started turning towards Islam in university, I was faced with the question of abstaining for music. It was a hard decision but I eventually took the plunge and gave it up. It wasn’t an easy journey for me and I moved back to listening to music, then gave it up only to once again start it again. I finally gave it up completely Alhamdulillah over five years ago (May Allah help me stay on this path).

There are many who would argue that there is nothing wrong with music, it is just another gift of God, etc. The below just serves to confirm to me that my decision was indeed a wise one, an attempt to raise my level of Taqwa, an attribute that needs constant work from our part.



 As we enter the last ten days of Ramadan, we will need to start the struggle to continue the momentum of Ramadan. For indeed if we were to walk away from Ramadan without a positive change it would be a big travesty on our part. Your positive change could be giving up music. Insha’Allah I hope the below will help you towards this change.

Ramadan Kareem and may Allah (SWT) accept our deeds and have this month serve as time for our forgiveness and for the shower of His mercy.

DiscoMaulvi

A few months back, the following email sent to the list serve of Al-Huda Canada was forwarded to another list I am on. The content of the email (reproduced below) was amazing.


Bismillah
Assalamoalaikum wrwb


Few weeks ago my daughter, who is in first grade had a science fair at her school. We decided to do an interesting experiment. Our Hypothesis was that listening to Qur’an has physical effects just like listening to music has physically visible effects.


To prove our point we took an apple which also has 60-70 percent water content like human bodies. We cut the apple into half, put each half in a zip lock bag and then for seven days played Qur’an for one half of the apple and music to another half of the apple .. Both apples were kept on room temperature. The results were amazing and so our hypothesis was accepted.In Quran Surah Luqman Allah(s.a.w) says: 

"And of mankind is he who purchases idle talks (i.e.music, singing, etc.) to mislead (men) from the Path of Allah without knowledge, and takes it (the Path of Allah, or the Verses of the Qur’an) by way of mockery. For such there will be a humiliating torment (in the Hell-fire).(6)"

 In surah Yunus Allah SWT says about Quran:
"O mankind! There hath come to you a admonition from your Lord and a healing for the (diseases) in your hearts and for those who believe, a Guidance and a Mercy. (57)"

Please look at the attached pictures. The first picture is of the apple when it was freshly cut. Second picture is after 3 weeks of the experiment.
JazakAllah Khiaran



Shared By: Quanita Rizvi
Wassalam,
Al Huda Institute, Canada


The above account was amazing. Thus, the staff at Reflections, a school in Karachi repeated the experiment to verify it. Below is the email sent by Asim Ismail, the Islamic curriculum head of the school.


For two weeks the teacher played music in front of half of an apple for 10 mins daily. While qirat was played in front of the other half for the same duration…the pictures speak for themselves (original pictures)…the rotten half is the one which heard music, and the comparatively fresh one was made to listen to Quran’s recitation… SUBHANALLAH! one more amazing thing is the Quran apple has a good smell and the other one u can imagine.





“Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest”
(Surah ar’Ra’d 13:28)

Subhan’Allah. May Allah help us to protect our hearts from corruption and to heal it with the remembrance of Allah (SWT) and the recitation of the Quran. Aameen.

Monday, December 26, 2011

Pentingkan dunia atau akhirat...?

Pada zaman moden kini, ramai yang telah lupa tanggungjawab masing-masing sebagai manusia terutamanya remaja. Mereka terlalu lalai dengan duniawi sehingga melupakan tugas mereka di dunia ini sebagai pengembara sehingga lupa kepada pencipta mereka sendiri iaitu Allah S.W.T.

1) WAKTU

Manusia sentiasa menjaga atau lebih tepat lagi menepati waktu mereka sesama manusia.
Di mana mereka cepat menggelabah apabila tidak dapat menepati waktu yang di janjikan dengan orang sekeliling kerana khuatir di kenali sebagai seorang yang tidak menepati masa.

Sebaliknya, manusia tidak menjaga waktu mereka dengan Allah S.W.T.
Manusia tidak menjaga waktu solat. Di mana mereka sering melambatkan waktu solat. Kebanyakan manusia suka menunaikan solat di akhir waktu.

2) PATUH KEPADA PERINTAH

Manusia sentiasa patuh kepada perintah manusia.
Kekasih patuh kepada kepada pasangannya sehingga sanggup menyerahkan segala-galanya demi cinta. Sebaliknya, manusia tidak patuh kepada Allah S.W.T.

Lelaki dan perempuan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T di mana Allah S.W.T mewajibkan supaya menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan sehingga ada yang terjerumus ke dalam maksiat dan mengakibatkan lahirnya anak di luar nikah.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

3) MENGHORMATI PENDAPAT/KEPUTUSAN

Manusia menghormati pendapat orang di sekeliling.
Rakan menghormati pendapat rakan yang lain kerana khuatir akan membuatkan rakan yang memberi pendapat akan berkecil hati.

Sebaliknya, manusia tidak menghormati keputusan Allah S.W.T.
Manusia mudah kecewa, sedih apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka menganggap hidup tidak sempurna dan bernasib malang.

Sedangkan manusia tidak pernah tahu bahawa Allah S.W.T punya sejuta alasan di atas segala yang berlaku dalam kehidupan manusia. Tetapi manusia tidak sedar bahawa Allah S.W.T lebih berkecil hati dengan tindakan kita yang memperkecilkan kebesaran-Nya.

"Allah S.W.T tidak memberikan apa yang kita inginkan dalam hidup, tetapi Allah S.W.T memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup."

4) SABAR
Manusia sentiasa sabar dengan manusia lain.
Manusia sabar dengan kerenah manusia lain sehingga sanggup bersabar semampu mungkin demi menjaga hubungan. Sebaliknya, manusia tidak sabar dengan Allah S.W.T.

Manusia tidak bersabar sedikit pun akan ujian yang Allah S.W.T berikan. Manusia cepat berputus asa kerana merasakan penantian untuk memperoleh sesuatu terlalu lama.
Ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah S.W.T hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

5) HUBUNGAN

Manusia sentiasa menjaga hubungan mereka sesama manusia.
Mereka menziarahi jiran tetangga, sanak saudara, menjaga hubungan dengan semua di dalam laman sosial seperti facebook, myspace, tagged dan juga twitter.
Sebaliknya, manusia tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah S.W.T.

Manusia leka dengan duniawi untuk perkara yang tidak berfaedah seperti laman sosial (facebook, myspace, tagged dan juga twitter) sehingga mengabaikan solat lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam.

Sedarkah kita bahawa hubungan dengan Allah S.W.T lebih penting berbanding hubungan dengan manusia?

Kerana manusia boleh meninggalkan manusia untuk manusia yang lain tetapi Allah S.W.T tidak akan pernah sesekali meninggalkan hamba-Nya walaupun sebesar mana dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya.

Jadi, dimanakah kedudukan kita sebagai manusia?
Di kedudukan MANUSIA+MANUSIA ataupun MANUSIA+ALLAH?
Renungkanlah.

Thursday, December 22, 2011

Keburukan tidur selepas subuh....

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.


Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumuah (Ayat 10)


Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Bagaimana menambah nikmat Allah..

Nikmat itu terbahagi tiga:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:

"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."

-Ibnul Qayyim al-Jauzi

Thursday, September 15, 2011

Setia dan Sedia Dalam Ikatan


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Tuesday, August 30, 2011

Kemanisan Iman

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai.

Mengapa perlunya kemanisan Iman? Kerana dengan kemanisan Iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa redha dan tawakal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya.
Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah.Dengan kemanisan Iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan Iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

-Artikel Iluvislam.com

Monday, August 1, 2011

Kelebihan berpuasa


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa.
Kelebihan Puasa
Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sunday, July 31, 2011

12 azab meninggalkan solat

  Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w.  telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-


· Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
· Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
· Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :


· Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
· Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
· Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-


· Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
· Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
· Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).



Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :


· Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
· Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
· Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.

Friday, July 29, 2011

Amalan yang berterusan pahalanya selepas mati...

 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 

                            Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan  kebaikan baginya. 

Thursday, July 28, 2011

Enam persimpangan yang ditempuhi manusia....

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

  • Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
  • Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
  • Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.
  • Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. 
  • Siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya
  • Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Tuesday, July 26, 2011

Oasis Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Oasis Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Ku menanti oasis yang menyejukan jiwa,

Kerna ku yakin ia bisa menghilangkan dahaga,
Oasis yang dingin bak salju menerpa,
Bakal menghilangkan kehausan setiap insan yang ketandusan.

Ya Ramadhan Al-mubarak, Qamarullah!
Di saat kehidupan yang ku rasa semakin meletihkan,
Kau hadir menyiram tubuhku yang kealpaan,
Kering, tandus, kemarau jiwaku lantas bertukar menjadi tasik biru..

Oasisnya Ramadhan  membawa kenikmatan dan keasyikan,
Ku teguk rakus setiap titisan dengan penuh kelazatan,
Suasana kebahagiaan seperti ini, akankah ku jumpa di lain waktu?
Hatiku bertukar menjadi syahdu..

Tiada yang kekal melainkan Allah,
Oasis yang hadir kian ketandusan,
Berakhirnya Oasis Ramadhan memberiku seribu pengajaran,
Ya Allah, ku pohon kurniakanlah oasis Ramadhan ini kepadaku di masa hadapan.

Wahai saudara seagamaku,
Imam Hassan al-Banna, pernah berkata: " Ramadhan adalah bulan Siyam dan bulan Qiyam."
Bulan yang dipenuhi dengan ibadah di siang dan di malam hari. Setiap detik, saat, ketika dan masa yang ada dilalui dengan ibadah hati, fizikal dan emosi yang menyeluruh. Inilah 'mind setting' yang harus kita tanam dan gerakkan nanti.
Sekadar perkongsian buatku untuk semua umat Islam didunia Allah. Marilah sama-sama kita sibukan diri untuk melorongkan jiwa, hati, nurani, minda dan segala-galanya yang ada pada diri kita untuk menuju ke Oasis Ramadhan ini. Inginku kongsikan beberapa nasihat yang disampaikan oleh Ketua Eksekutifku, Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman ketika sesi tazkirah baru-baru ini. Beliau telah menasihatkan agar di bulan Ramadhan yang mulia ini kita:

•       Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.

•       Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.



•       Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.



•       Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.



•       Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.



•       Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.



•       Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.


•       Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.


•       Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.


•       Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.


•       Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaranterutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
  
•       Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.

Inilah peta laluan yang perlu kita ikuti ketika kita meneguk oasis Ramadhan nanti. Alangkah bahagianya bagi sesiapa yang benar-benar bersedia untuk menjejaki Ramadhan ini. Binalah kekuatan kita dengan sebenar-benar kekuatan.
Sebelum mengakhiri sesi tazkirah, Dr Abdullah memberikan suatu penjelasan yang sangat mudah untuk melihat kayu ukur kekuatan dan kehebatan diri kita.
" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."
Semoga kita penantian kita akan menjadi kenyataan. Semoga oasis Ramadhan kita manfaatkan dan bisa menyuburkan hati yang ketandusan. Insya-Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...