Tuesday, October 26, 2010

Apa nak jadi dengan anak-anak remaja kita.....

Caught having sex with minor
Seorang pelajar 16 tahun ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun di rumah pelajar perempuan ketika ibu bapa tiada di rumah di Taman Keramat Kuala Lumpur. Mereka mendakwa adalah sepasang kekasih dan telah melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali......

Apa nak jadi dengan remaja kita ni?...baru belasan tahun sudah terjebak dalam maksiat!! Ambil kesempatan bila ibu bapa keluar bekerja....entah lah ibu bapa sekarang ni terlalu sibuk nak ambil tahu pasal anak masing-masing! Budak-budak sekarang ni bukan macam kita dulu.....fikiran mereka sejak kecil lagi telah diracuni dengan bahan-bahan lucah dan hubungan lelaki perempuan ni....terlalu mentah dan tidak matang untuk menangani desakan nafsu ini...bila sudah ada kekasih....maka ini lah jadinya!!
Tak fikir apakah akibatnya!!
Ibu bapa pula.....dah terlambat baru tahu dan ambil tindakan...labu sudah di tebuk tupai!!
Ini lah akibatnya apabila anak-anak remaja ni lepas sekolah balik kerumah yang kosong....tiada ibu nak pantau aktiviti mereka di waktu petang atau pagi! Mereka bebas......buat apa sahaja...ibu bapa tiada di rumah!!
Jadi , semua ibubapa kena lah prihatin...di dunia tanpa sempadan ni macam-macam boleh jadi. Berilah didikan agama yang kukuh, tanamkan disiplin, takutkan Allah, dan jangan biarkan anak kita!!
Mereka yang begitu muda akan jadi mangsa keadaan...... mereka telah diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggung jawab!!
 


Tuesday, October 19, 2010

Diari minggu ini....menghadiri kursus!

       Hari ini aku akan ke Seremban menghadiri kursus selama 3 hari sehingga 21/10 .
Kali ini tiba giliran ku pula setelah ramai kawan-kawanku telah pun melalui pengalaman ini lebih awal dariku.... apapun aku akan berjauhan dari sekolah dan keluargaku sebentar...
             Kursus-kursus sebegini satu keperluan untuk keperluan semasa....jadi terimalah jua dengan hati yang redo. Mudah2an mendapat banyak kebaikan darinya. Matlamat dan niat kena perbetulkanlah dalam apa juga kerja yang kita lakukan......sama ada kecil atau besar! Semua sekali kena tukar jadi amal yang Allah terima walaupun secara fizikalnya nampak urusan keduniaan. Semoga Allah permudahkan segala urusanku nanti , tanggungjawab yang bakal ku pikul selama 2 bulan nanti .......cuti akhir tahun terpaksa dikorbankan untuk ini!
       Begitulah kerja-kerja sebagai seorang guru ini.....masyarakat mungkin nampak kerja guru ini boleh balik awal , petang sudah ada dirumah. Namun skop kerja guru begitu luas, bukan setakat datang sekolah mengajar sahaja! Banyak kerja paperwork dan non-paperwork yang ad-hoc yang perlu dibuat sehingga bawa balik rumah..... Dan bagi kita guru Muslim lebih-lebih lagi ler....tanggungjawab mendidik tu perlu diambil kira.
     Jadi bagi sesiapa yang ingi menjadi guru, janganlah anggap kerja guru ini mudah....tanggungjawab nya berat....untuk menjadi guru yang berdedikasi, perlu komitted dan suka dengan kerjaya guru ini...betulkan niat selalu, jangan ambil ringan tugas kita....kat mana pun kita, kerja apa yang kita buat, kita memegang posisi penting Islam, jangan sampai kita abaikan kedudukan itu untuk kepentingan diri.
Tugas adalah amanah Allah...jadi perlu sentiasa ingatkan hati dengan ini........  

Thursday, October 14, 2010

Mencari ruang-ruang dalam kesibukan....

Seminggu dua agak sibuk dengan sekolah, aktiviti hujung minggu, trial exam, year end exam, ptk exam dan lain-lain kerja...perlu cari ruang untuk diri setiap hari....
Agar dapat melalui hari-hari dengan hati yang bersedia....
Kurangkan stress kerja  dan tekanan pada jiwa!
Ku habiskan masa sejam kalau boleh setiap hari menulis dan mencari bahan untuk di post di blog ku.....untuk tarbiyah diri dan peringatan untuk jiwa lemah ini...
Betullah ....tidak boleh biarkan diri dalam keadaan sibuk tanpa ada masa untuk diri...
begitu juga diwaktu lapang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu saja.....
silap-silap bisikan syaitan masuk jarumnya dalam hati.......akan rasa resah gelisah...
....setiap masa sebenarnya cukup berharga.......kita melalui detik-detik masa itu...menuju ke destinasi akhir kita...kepada Allah!
So buangkan kesedihan yang kadang kala menyelinap hati.....ia merosak diri.
Kerinduan yang kadang-kadang yang menyentuh jiwa .....
Gantikan dengan kerinduan pada mu Ya Allah ....sujud tahajjud pd Mu
Ketenangan jiwa dirasai..........
Begitulah kita manusia ini......teruji dan  dan diuji.....
Apa yang diharapkan.....dari musibah dan ujian diri yang menimpa....menambahkan dekat ku  pada Mu
Ya Allah kepada engkau saja ku serahkan hati ini........
Sesungguhnya Engkau  Maha Mengetahui apa yang tersimpan di lubuk jiwa...
Tingkatkan iman dan takwaku pada Mu....
Aku sangat memerlukanMu ya Allah!!

Saturday, September 4, 2010

Akan Berakhirnya Ramadhan.................

      Dalam sedar tidak sedar.....kita dahpun sampai ke penghujung Ramadhan....kita menjalani ibadah puasa... dengan banyak dugaannya....bagaimana kita nak imbangkan ibadah kita dengan tanggungjawab kita di tempat kerja kita.....kadang2 kerja yang banyak terbawa balik rumah.....patutnya di bulan ini tumpuan kita kena lebih pada ibadah.....tapi terpaksa juga buat kerja yang perlu tu.....kena pandai-pandai le bahagi masa tu!
      Tak lama lagi sibuk pula nak sambut raya, dengan kuih raya, persiapan rumah, baju raya......banyak lagi...Tapi janganlah kesibukan ini menyebabkan kita terlalai dengan ibadah kita di penghujung Ramadhan...orang lain sibuk tingkatkan ibadah tapi kita sibuk pulak nak beraya.....rugi le sebenarnya kita...
kena berpada-padalah sebab bukan tu sebenarnya matlamat raya tu...seronok je...tapi raya tu sebenarnya untuk orang yang telah berjaya melawan nafsu dibulan puasa! Kalau awal2 lagi kita dah kecundang dengan nafsu kita.......apa lah erti raya tu disisi Allah!
   Di Tv pula dah di wawarkan rancanga raya......penuh hiburan ...............dari raya pertama hingga beberapa hari selepas tu!! Dengan lagu-lagunya, drama2nya...macam2 untuk halwa telinga dan mata!!
Rasanya bukan gitulah kita sambut raya....kena insaf diri, dan kita dahpun bersihkan hati kita dibulan puasa tu dengan melawan nafsu......tapi tiba2 di raya pertama...kotor balik lah jiwa tu...tak de le perubahan!  Anak-anak  pula terpaku mata depan tv tak nak pi ziarah kerana tak mau miss rancangan raya yang telah disediakan diTV!
      Camnelah umat islam ni nak kuat....Puasa hanya rutin tahunan....bukan untuk meningkatkan diri!Sampai bila pun ginilah kita. Tak tertingkat iman dan kefahaman dan kesedaran islam walaupun umur dah separuh abad! Perlu betulkan konsep menyambut raya ni supaya selaras dengan yang Allah kehendaki.  Kefahaman ini bukan untuk segelintir orang je....semua orang kena faham bagaimana nak sambut raya yang sebenarnya!!
       Begitu juga dengan konsep rumah terbuka sekarang...kena sediakan juadah banyak-banyak baru panggil orang datang, kalau tak orang tak datang rumah! Amalan ziarah menziarahi masa kat kampung dulu sudah jarang diamalkan...mesti buat open house juga.....dengan belanja besar juga....tapi tak sempat pun beramah mesra dengan tetamu yang hadir....sibuk melayan dan menguruskan  ramai orang yang datang..... lepas penat lah dua hari....!!
   Masa berlalu, cara pun banyak berubah........tapi perubahan yang kita nak sepatutnya yang baik, tak menyusahkan dan membebankan kita dan selaras dengan yang Allah kehendaki......Jangan hanya turutkan nafsu.....Hari raya sepatutnya sehari je....tapi kita sebulan! Penuhilah masa selepasa Ramadhan kita dengan puasa sunat enam hari bulan Syawal.....yang kadang2 tak sempat buat sebab sibuk beraya! 

Friday, August 13, 2010

Berbuka puasa berpada-padalah....

Sebenarnya aku ingin memperingatkan diriku tentang ini.....berbuka puasa bukan untuk menjamu selera! Dibulan puasa ini oleh kerana sepanjang hari berlapar......suri rumah ni bila time nak masak nak rancang yang best....dengan dessertnya, menu utama, starter dsb....nak puaskan nafsu  maklum le tengah lapar ni...! tapi sebenarnya tak leh le gitu....cukup lah setakat beberapa juadah yang berkhasiat...tak ambil masa lama untuk masak .....dan masa yang terluang tu boleh lah buat kerja lain ; baca Quran ke, zikir ke baca buku fikrah dan lain lainlah yang tidak terlarang....kadang2 kita turutkan sangat kehendak anak2 dan suami yang nak macam2....maka masaklah banyak jenis....oklah bila berlebih boleh bagi jiran tetangga...tapi kadang2 membazir juga, dah kenyang, tak larat nak makan semua.....simpan untuk esok....tapi akhir buang juga!  Begitulah kita ni banyak membazir makanan......banyak terbuang....sedangkan ramai orang2 kat dunia di yang masih kelaparan...kat Palestin, kat Pakistan banjir  tu.....Infact...perbelanjaan di bulan puasa ni meningkat sebab ...banyak nak di sediakan! Jadi kita tidak lah menepati apa yang dikehendaki dalam bulan ini...mengawal nafsu kita dari semua aspek le........jadi dalam keluarga, suami isteri kena sama-sama ingat memperingati .....sebab kita sama nak keberkatan dari Allah....
   Kemudian kita lihat pasar2 Ramadan bercambah bagai cendawan...banyaknye makanan...yang tak pernah nampak di bulan lain pun ada....jadi terliur le nak beli itu ini....sampai penuh tangan tak muat nak bawa balik!! Tapi bila makan.....ada tu yang basi, tak sedap, mula lah tak makan ....membazir lagi....  Gitulah kita ni....ini lah yang kita kena dididik diri  ni........kawal nafsu!!  Lagi pun kat pasar Ramadan ni kalau nak pergi bersesak le....ramai betul orang....jadi mata kita tak terjaga le....ramai orang bermacam-macam ragam .....  Di hari puasa kedua atas desakan anak , aku pergi juga le ke pasar Ramadhan...dia nak beli kueh kesukaannya ....tapi bagitau le kat anak awal-awal.....beli sikit saja...sebab kat rumah dah masak makan malam!
  Sebenarnya masak sendiri...lebih bagus le...terjamin kebersihan dan  kita tau ramuan yang kita bubuh....makanan kat luar ni ada juga terdengar kat surat khabar , media massa....penyediaan tak bersih, tak terjamin halalnya dan lain2 lagi lah...... tapi ada diantara kita yang tak kisah semua tu.....kita suka sangat makan kat luar...................
   Jadi di zaman barang-barang semua naik ni...ke ubah le stail hidup kita.....bersederhana dan ala kadar lah....walaupun duit banyak, hidup bukan untuk makan dan bersukaria je.......makan sekadar untuk hidup supaya kita dapat melaksanakan ibadah pada Allah! Kena ubah le persepsi diri kita.....supaya apa yang kita buat kita nak dapat keberkatan Allah.....rezeki banyak,rumah besar, isteri cantik,pangkat tinggi...kalau tak bawa keberkatan pada kita.....apalah gunanya....! Sengsara hidup ini....tak tenang jiwa!  

Tuesday, August 10, 2010

Sebelum memasuki Ramadhan.....bermaaf-maafan lah!

Aku mendapat sms dari anakku pada hari ini yang ingin ku kongsikan bersama supaya kita memasuki Ramadhan dengan bersih hati dan dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah!
 ......."Assalamualaikum......, boleh saya masuk?"kata Ramadhan. Aku terkejut.......syukurnya kerana aku dikunjungi lagi oleh nya.......silalah masuk duhai Ramadhan Al-Mubarak. Akan ku layanimu sebagai tetamu paling kehormat dengan gandaan ibadah, insyaAllah, tambahku lagi dengan senyuman dan tangan terbuka. "Tetapi aku melihat bahawa engkau seringkali menyakiti hati saudara seislammu...bagaimana engkau mampu melayaniku dengan sempurna?" soal Ramadhan.  Lalu aku menjawab..." Baiklah Ramadhan, akan ku pinta kemaafan dan keampunan dari mereka.....dan semoga engkau akan bersama kami dengan penuh keberkatan, maghfirah serta melepaskan kami semua daripada azab api neraka." :}
    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.Sama-sama lah kita saling bermaaf-maafan kerana Allah SWT. Buang yang keruh ambil yang jernih.......Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah....So kita mulai lah bermaafan terlebih dahulu kerana itu yang paling utama disisi Allah ....walau pun kita rasa bukan kita yang salah....... Yang penting tali silaturrahim kita sambungkan semula......kerana kita nak mengelakkan dari kemurkaan Allah ......
Ameen....ya Allah berilah kami kekuatan untuk mentaatiMu!!
  Maaf  Zahir Batin bagi yang mengenali diriku....

Sunday, August 8, 2010

Sibuk sangat kah kita...?

Aku sedang dalam perjalanan balik bersama suami dan anak bongsuku menziarahi ibu mertuaku yang sudah tua sebelum puasa sehari dua lagi....Lama juga aku tidak menjenguk kampung disebabkan hujung minggu yang sering ada akitiviti sekolah.....sekolah ganti, hari anugerah cemerlang, program usrah mingguanku...dan banyak lagi aktiviti...sehingga nak pulang kekampung pun tak sempat.....gitulah kesibukan dunia ni...atau aku ke yang tidak pandai mengurus masa?
....Melihat wajah tua dan uzur ibu mertua ku terbayangkan diriku nanti....gitu ke agaknya aku...menanti-nanti kepulangan anak menantuku menjenguk ku kelak? Kesunyian dan kesepian membaluti jiwa ibu tua merindui anak-anak yang sibuk tak sempat menjengah ibu? Topik perbualan antara kami sering merupakan nostalgia semasa membesarkan anak-anak dulu.....walaupun penat lelah tapi gembira dan terhibur dengan telatah anak-anak.....tapi sekarang  semua sudah tinggal kenangan belaka...anak-anak telah ada tanggungjawab sendiri......ibu tua di lupakan atau di kesampingkan?
  Walaupun aku tiada kesempatan merasai kasih sayang ibuku sendiri kerana dia sudah menghadap illahi ketika ku masih bayi kecil lagi......tapi aku dapat merasakan kesepiannya....ah begitulah dimasa tua agaknya .....sunyi dan sepi tanpa riuh tawa..... bukan wang yang didamba tapi perhatian dan kasih sayang  dari anak-anak di masa tua ... tapi sering hampa kerana anak-anak terlalu sibuk!! Jika difikir-fikir ketika itu hanya menunggu masa saja menghadap illahi... jadi dari masa muda lagi dan berterusan hingga ke  masa tua  perlu diisi dengan zikir,  munajat dan amal ibadah sebagai persediaan menyahut panggilan illahi.....atau sampai ke agaknya ku ke umur setua begitu.??  Kematian sesuatu yang tidak dapat kita jangka ketibaannya!!  Sekarang ni tiba-tiba dengar kawan suami meninggal....depan komputer sakit jantung...atau mati kemalangan.....mati mengejut sudah jadi lumrah!!
     Begitule...kita ni sibuk je dengan kerje-kerje kita....tak sempat baca Quran, tak sempat baca buku agama, tak sempat ke mesjid, tak sempat dengar ceramah agama, tak sempat jengah ibu-bapa kita  ...tapi baca paper harian  sempat, pergi shopping sempat, bersantai lepak sempat.......kekadang hujung minggu beli sampai 3 paper mingguan....nak tau kisah realiti.....itulah kita.....prioriti kita yang tak betul...!! Kesibukan dunia ni sebenarnya bukan alasan le....nak buat kebajikan...untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat........kita sebenarnya tak reti urus masa kita....jadi memang le tak sempat....
Allah bagi masa sama je 24 jam sehari.....tapi jika tak rancang masa tu....tak sempat le nak buat apa-apa...sedar-sedar, seminggu, sebulan, setahun dah berlalu......apa dah kita buat pun tak nampak!!
Kerja menimbun tak siap-siap juga.....so terpaksa buat overtime...sepatutnya masa tu untuk tambah ilmu akhirat kita, zikir kita, ibadah kita.....tapi kena bersengkang mata untuk dunia kita..... !!!! 
Masa sedikit..tanggungjawab banyak....tapi camne pun....dalam kesibukan  perlu ada masa untuk semua....... dunia dan akhirat kita....itu yang ideal le....so sama-sama ke usahakan supaya kita tak rugi.....dunia ni kejap je kita duduk....tapi akhirat tu kekal abadi....!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...